Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anjing, Kucing Jadi Hidangan...

SETIAP kali festival tahunan makan daging anjing diadakan di Yulin, China, dalam bulan...

Terbaik! Aksi Cristiano Ronaldo...

SELEBRITI pemain bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo memang terkenal dengan sikap budimannya.Kali ini, sekali...

MyCC Siasatan Seluruh Rantaian...

PUTRAJAYA: Siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) terhadap semua penggiat industri ayam dijangka selesai...

Warga Emas OKU Maut...

IPOH - Seorang warga emas Orang Kurang Upaya (OKU) maut apabila rumah yang...

Mangsa Banjir Menurun Kepada 1,043 Orang Petang Ini

KUCHING – Jumlah mangsa banjir di empat pusat pemindahan di daerah Serian terus menurun kepada 1,043 mangsa daripada 345 keluarga petang ini berbanding 1,135 mangsa daripada 374 keluarga tengah hari tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata banjir yang melanda beberapa kawasan di Kuching, Serian dan Samarahan sejak Sabtu lepas menjejaskan 7,965 mangsa daripada 2,051 keluarga.

Sementara itu, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berada di Kampung Tebakang Melayu di daerah Serian, Krokong, Bau dan Sematan untuk kerja-kerja pembersihan selepas banjir.

Semalam, mereka berada di Kampung Buso dan Kampung Batu Kitang Lama dekat sini untuk membantu mereka yang terjejas banjir membersihkan rumah, surau dan sekolah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]HWegZw8bGT4[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori