Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

APMM Kelantan Tingkat Rondaan...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan akan menggiatkan rondaan di...

Benjy Ditahan Di Medan...

PELAKON dan anak Allahyarhamah seniwati Azean Irdawaty, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin...

Operasi Restoran 24 Jam...

KUALA LUMPUR - Operasi restoran dan tempat makan 24 jam kekal seperti biasa...

Ditinggalkan Suami Kerana Melahirkan...

CHINA - Tragedi menimpa seorang wanita, Achun apabila suaminya menghilang diri dan dihalau...

Mara Cadang Tubuh Pusat Latihan Maritim Di Tok Bali

PASIR PUTEH – Majlis Amanah Rakyat (Mara) bercadang mewujudkan pusat latihan maritim di Tok Bali di sini, untuk melatih belia bumiputera sebagai tenaga mahir dalam bidang industri perkapalan.

Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa berkata pusat latihan itu dicadang dibangunkan di kawasan seluas 10 hektar milik Mara di Tok Bali.

“Kertas kerja mengenai pembangunan pusat latihan maritim itu telah siap dirangka,” katanya kepada pemberita selepas memandu uji sebuah bot bagi tujuan kerja menyelamat di Tok Bali di sini, Isnin.

Bot berkenaan yang bernilai RM217,000 dan boleh memuatkan 20 penumpang, dilengkapi dengan peralatan komunikasi, sesuai untuk tugas menyelamat.

Annuar berkata pembangunan pusat latihan maritim itu selaras dengan kepesatan perkembangan industri perikanan dan perkapalan di negara ini.


“Selain keperluan industri perikanan ia juga penting kepada industri minyak dan gas yang beroperasi di Laut China Selatan,” katanya.

Beliau berkata peserta yang akan dipilih kelak terdiri daripada mereka yang mendapat tajaan Mara dan syarikat yang berkaitan dengan industri Maritim.

Katanya Mara juga akan bekerjasama dengan Universiti Maritim Malaysia yang kini dalam proses penubuhannya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MARA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori