Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kekecohan Meletus Di Perhimpunan...

LOS ANGELES - Perhimpunan pro-Donald Trump di selatan California menjadi kecoh selepas seorang...

Kementerian Kenal Pasti 50...

GEORGE TOWN - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengenal pasti 50...

7 Kluster Baharu Covid-19

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tujuh kluster baharu penularan...

Lagu Yuna Disenarai Pendek...

DISEBALIK kontroversi yang menimpa penyanyi yang semakin meningkat naik di Amerika Syarikat kini,...

Melaka United Fokus Kukuh Pertahanan Bagi Elak Gol Awal

MELAKA – Melaka United memberi fokus utama untuk mengukuhkan barisan pertahanan bagi mengelakkan gawang mereka dibolosi pada awal permainan, kata Pengurus Pasukan Datuk Yusoff Mahadi.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United itu berkata langkah itu penting bagi memastikan pasukan itu tidak ketinggalan pada awal permainan, seperti terjadi dalam dua daripada tiga perlawanan awal musim ini, yang seterusnya menyukarkan Melaka mencatat kemenangan.

“Semua pemain terutama pertahanan perlu ambil langkah berjaga-jaga jangan kita kena gol awal, walaupun dah dipesan supaya bertahan pada minit-minit awal itu supaya jangan dibolosi tetapi tetap juga dibolosi.

“Jadi saya rasa itu kelemahan yang agak ketara pasukan kita selepas mengharungi tiga permainan, kita nampak bahawa pasukan kita dibolosi pada minit-minit awal, selepas itu baru mereka boleh memberi saingan,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau secara keseluruhan berpuas hati dengan persembahan keseluruhan pasukan Melaka dalam tiga perlawanan awal musim ini, namun menegaskan pasukan itu perlu terus menunjukkan peningkatan.


Melaka mencatat keputusan seri 2-2 menentang Sime Darby pada perlawanan pertama Liga Perdana dengan gawang Melaka bolos seawal minit ketiga, kemudian menang 2-1 menentang PKNS FC dengan gol Melaka mula dibolosi pada minit ke-49.

Pada perlawanan Piala FA, Sabtu lepas (20 Feb) menentang Kuala Lumpur, Melaka seri 1-1 dengan bolos seawal minit keempat dan kemudian tewas 2-4 menerusi sepakan penalti. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori