Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ramai Tak Bersetuju Wajibkan...

TAK ramai sebenarnya ibu bapa yang bersetuju dengan cadangan pelaksanaan untuk mewajibkan penggunaan...

Gadis Kencing Dalam Seluar...

Kita selalu menonton pelbagai ragam manusia terutama ketika mereka ditemubual menerusia siasran secara...

Henti Musuhi Zakir Naik,...

GEORGETOWN - Golongan yang memandang serong terhadap pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik perlu...

Jerebu Semakin Pulih Di...

KUALA LUMPUR - Keadaan jerebu di seluruh negara semakin pulih apabila hanya 38...

Menara Condong Teluk Intan Terus Jadi Tumpuan

TELUK INTAN – Menara Condong Teluk Intan yang menjadi mercu tanda bandar ini terus menjadi tarikan kepada para pengunjung untuk bersantai serta mengabadikan kenangan mereka di perkarangan menara yang menerima jolokan sebagai Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali.

Tinjauan Bernama mendapati Menara Condong Teluk Intan yang dihiasi lampu merah dan tanglung terus menjadi tarikan pengunjung pelbagai kaum yang masih dalam suasana bercuti Tahun Baru Cina.

Seorang pengunjung tempatan, Wong Han Tze, 35, berkata beliau sering membawa anak serta keluarganya ke perkarangan Menara Condong terutama pada sebelah malam untuk bersantai.

“Saya punya prinsip kalau mahu cari duit, carilah waktu lain. Bila cuti Tahun Baru Cina sudah datang, cutilah puas-puas bersama keluarga.

“Saya percaya ramai orang suka relaks di sini sebab senang dan anak-anak boleh bermain di sini sebab persekitaran sini selesa,” katanya yang merupakan pengusaha restoran mewah di bandar Teluk Intan.

Bagi Zainal Badri Pandak Ahmad, 62, pesara kerajaan dari Kajang, Selangor pula menyifatkan perkarangan menara itu sangat sesuai untuk bersantai bersama keluarga.

“Saya kagum dengan majlis perbandaran di sini kerana menjaga warisan dengan baik termasuklah diletakkan lampu berwarna-warni sebagai tarikan dan sangat menarik untuk mengambil gambar,” katanya.


Menara yang dibina pada 1885 sebelum ini dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan hingga ke hari ini.

Namun, apabila bangunan ini condong sedikit ke arah barat laut akibat banjir besar, ia dikenali dengan jolokan Menara Condong dan menempa gelaran menara condong kedua di dunia selepas Menara Pisa.

Bangunan tiga tingkat yang diperbuat daripada batu dan kayu itu memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 4.65 meter dan jika dilihat dari luar bangunan, ia seolah-olah mempunyai tujuh tingkat.

Selain menara condong, kawasan Batu Bertenggek juga merupakan tarikan pelancong untuk ke Teluk Intan.

Terletak di empat persimpangan jalan menuju ke bandar Teluk Intan, Batu Bertenggek adalah tugu peringatan bagi perajurit yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]kpn382bB3NE[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori