Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Izin Rohingya Bekerja Ibarat...

KUALA LUMPUR - Bekerja mengerah kudrat di pelabuhan selama sembilan bulan tanpa gaji,...

117 Ditahan Dalam Serbuan...

Putrajaya : Seramai 117 individu ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang menumpaskan dua...

Liverpool Menang, Van Dirk...

LIVERPOOL bangkit daripada kekecewaan minggu lalu dengan mencatat kemenangan 2-0 ke atas Southampton...

Sambutan Dos Penggalak Masih...

KUALA LUMPUR: Sambutan orang ramai terhadap pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 masih kurang...

Menteri Puas Hati Operasi Bulan Pertama Moratorium Bauksit

KUANTAN – Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berpuas hati dengan operasi sepanjang bulan pertama tempoh moratorium perlombongan bauksit di sini berlangsung.

“Hari ini saya mendengar taklimat tentang pengendalian operasi sepanjang tempoh moratorium.

Setakat ini, saya berpuas hati,” katanya ringkas kepada wartawan selepas menghadiri taklimat tertutup di Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPK) di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Pengangkutan Jalan.

Wan Junaidi mendengar taklimat berkaitan status semasa operasi bersepadu oleh PTG Pahang, status semasa kuantiti simpanan stok di dalam dan luar pelabuhan Kuantan serta perancangan menaik taraf kemudahan operasi Kuantan Port Consortium Sdn Bhd.


Beliau juga melawat kawasan tempat pemeriksaan dan simpanan stok di sekitar kawasan pelabuhan sebelum bertolak pulang ke Putrajaya.

Pada 6 Jan lalu, Wan Junaidi mengumumkan keputusan Kabinet mengenakan tempoh moratorium tiga bulan bermula 15 Jan ke atas perlombongan dan pengeksportan bauksit bagi mengawal pencemaran alam sekitar akibat aktiviti itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori