Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Najib Tiba Di New...

NEW DELHI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini...

Rafizi Menang Pemilihan Cabang...

KUALA TERENGGANU - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memperoleh 178 undi sekali gus...

PAU2022: Mohon Beritahu Saya,...

PETALING JAYA : UMNO menafikan dakwaan bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin yang mendakwa...

Long Tiger Didakwa Pecah...

SEORANG lelaki etnik Rohingya dikenali sebagai 'Long Tiger' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang,...

Menyamar Doktor, Warga Emas Didenda RM3,000

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menipu dengan menyamar sebagai seorang doktor di sebuah klinik di sini sejak 2014 hingga awal tahun ini.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias memerintahkan P.Jogindhar Singh, 68, dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda itu.

Dia didakwa menipu dengan menyamar sebagai ‘Doktor Ashok’ yang menyebabkan pesakit terpedaya dan percaya dia seorang doktor di Klinik Theesan, Taman Universiti, Skudai di sini antara 2014 hingga 18 Jan lepas.

Jogindhar Singh, yang berasal dari Masai di sini, dia dituduh mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman dengan alasan menanggung isteri dan dua anak serta menghidapi penyakit jantung.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Asmah Zainal Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]HXd_vH6ih5s[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori