Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Jauhi Perbuatan Timbul Kebencian,...

PUTRAJAYA : Menjauhi perbuatan yang menimbulkan kebencian antara kaum, memfitnah, menggunakan kata-kata kesat...

Pagar Sempadan M’sia-Thai Baharu...

PADANG BESAR - Pagar sempadan darat Perlis-Thailand yang baharu perlu dirancang dan dibina...

Wanita Kahwin Diri Sendiri...

SELEPAS 20 tahun mencari Mr. Right, akhirnya Laura Mesi mengalah. Disebabkan kegagalan mencari...

Pemandu Bas Mogok Marah...

New Delhi - Pemandu bas India semalam mogok membantah kematian rakan mereka akibat...

Misi Ketenteraan Di Arab Saudi: KEMENTAH Tunggu Pengesahan ATM

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) akan mendapatkan pengesahan lanjut daripada Angkatan Tentera Malaysia berhubung laporan pembabitan anggota tentera Malaysia dalam misi ketenteraan di Arab Saudi.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia menyokong usaha membanteras keganasan dari segi fahaman dan ideologi, namun bukan dari sudut ketenteraan.

“Dari segi ketenteraan saya telah nyatakan dari dulu lagi bahawa kita memang tidak terbabit,” katanya.

Beliau mengulas laporan agensi berita Arab Saudi, SPA, mengenai Malaysia turut bersama kira-kira 20 negara lain dalam misi ketenteraan besar-besaran yang disifatkan ‘terpenting’.

“Latihan ketenteraan saja tidak bermakna kita terlibat secara langsung dalam konteks operasi dan itu memang saya tidak benarkan pun”

“cuma apa yang dilaporkan hari ini, saya tidak tengok sejauh mana pembabitan dalam latihan,” katanya.


Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan Piala Menteri Pertahanan kepada juara Pertandingan Debat Keamanan Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2016 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Perdana Sungai Besi di sini malam ini.

Pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara, menewaskan pasukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) A di tempat kedua, diikuti UIAM B di tempat ketiga, dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di tempat keempat.

UiTM yang diwakili Mohamad Johan Mat dan Muhammad Haziq Jamaluddin, pelajar ijazah undang-undang, membawa pulang wang tunai RM3,000, piala utama dan sijil penghargaan.

Turut hadir Naib Canselor UPNM, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Panglima Zulkifli Zainal Abidin. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori