Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Pelajar Harus Ada Pemikiran...

ARAU - Pelajar harus dilatih membina pemikiran bertaraf dunia yang berupaya melonjakkan kecemerlangan...

Wanita Curi Peria, Ikan,...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri pelbagai barangan mentah dan pakaian dalam, seorang wanita...

Ketua Pemuda MCA Calon...

SEREMBAN - MCA akan meletakkan Ketua Pemudanya, Senator Datuk Chong Sin Woon untuk...

Sunway Pyramid Tawar ‘Tatu’...

PENCULIKAN kanak-kanak merupakan antara isu yang sering kita dengar terjadi di Malaysia. Ianya...

Misteri Tabung Masjid Sering ‘Kering’ Kini Terjawab

Sabak Bernam – Misteri tabung Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Pekan Sabak Bernam, di sini, yang sering ‘kering’ terjawab dengan tertangkapnya seorang lelaki yang sedang mencuri duit tabung masjid itu, Jumaat lalu.

Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan petugas masjid ketika lelaki itu leka ‘memancing’ duit dari tabung tanpa menyedari dirinya diperhatikan.

Pegawai masjid Zulhafif Misran berkata, lelaki yang mempunyai masalah pembelajaran ditahan kira-kira jam 2 petang selepas kelakuannya tergesa-gesa menghampiri satu daripada tabung di dalam masjid.

“Selepas selesai solat Jumaat, jemaah berpusu-pusu keluar dari ruang solat, tetapi lelaki itu dilihat menghampiri tabung sebelum mencungkilnya menggunakan dawai besi untuk mengeluarkan duit yang disumbangkan.

“Tindakan lelaki itu bagaimanapun disedari beberapa jemaah dan pegawai masjid sebelum ditahan,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, lelaki terbabit memberi alasan sekadar berada dekat dengan tabung masjid kononnya mahu menderma, tetapi selepas disoal siasat, akhirnya mengaku mahu mencuri duit sumbangan.


Menurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap beg sandang turut menemui empat tabung bergerak masjid dengan jumlah keseluruhan wang yang dicuri dianggarkan bernilai RM80.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – myMetro Online

1 komen

  1. Dimana hilang rasa kasih sayang sesama Islam yg sering disebut dlm c3ramah agama.. mana pergi para imam / ustaz yg pandai bagi nasihat yg berguna.. yg di ambil / dicuri itu hanya wang yg sedikit yg datang dari sedekah org ramai.. kalau dapat tangkap pelakunya jgn lah di aibkan.. memaafkan itu lebih baik kan… berilah sekadar keperluannya.. sebaiknya dibimbing dan di bantu untuk mandiri.. Allah sahaja yg tahu balasan kebaikan yg kita lakukan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori