GEORGETOWN – Muzium bertemakan kafe pertama di Pulau Pinang akan dibuka pada 1 Mac di Jalan Bayan Lepas di sini.
Muzium Kafe ini yang merupakan perniagaan keluarga dimiliki One Glory SA Venture merupakan kombinasi restoran dan muzium sejarah.
Ia antara lain mempamer konsep institusi beraja negara ini termasuk sebuah bilik yang diberi nama ‘Bilik Diraja’, bahagian wira Tanah Melayu dan perdana menteri.
Pemiliknya Mohamad Shafiq Amin Arif berkata mereka yang ingin mempelajari mengenai sejarah Malaysia boleh datang ke sini.
“Kami mahu orang ramai mempelajari sejarah negara dalam keadaan santai di muzium ini,” katanya. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]6jmBCjXAGBg[/wpdevart_youtube]