Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Safiey Kongsi Momen Implan...

"Saya bersendirian ke Hat Yai untuk lakukan pembedahan implan," dedah Safiey Ilias dalam...

Empat Bas Kilang Hangus,...

JOHOR BAHRU - Empat bas kilang musnah dalam kebakaran dipercayai perbuatan khianat di...

Xiaomi Bakal Melancarkan Acara...

Xiaomi sebelum ini dilihat memperkenalkan telefon pintar mereka hanya di China sahaja, dan...

Ahli Dewan Negara Bahas...

KUALA LUMPUR : Dewan Negara akan membahaskan usul berkaitan projek pembinaan Kapal Tempur...

Najib Mahu Punca Pesawat TUDM Mendarat Cemas Segera Disiasat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mahu punca pesawat CN235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat pendaratan cemas di Batu 2, Kuala Selangor, pagi ini, disiasat secepat mungkin.

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan terbaharu di laman Facebook beliau turut menyatakan rasa syukurnya kesemua lapan anak kapal pesawat itu selamat.

“Terima kasih juga kepada nelayan tempatan yang menghulurkan bantuan kepada anak-anak kapal TUDM. Semoga Allah SWT merahmati anda,” kata beliau.

Dalam insiden pada 8.50 pagi itu, pesawat yang membawa lapan orang anak kapal dilaporkan membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor.


Menurut laporan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, semua mangsa diselamatkan orang awam dengan menaiki perahu nelayan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori