Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Wanita Maut Dipercayai Didera...

JITRA - Seorang wanita maut dipercayai didera seorang lelaki di sebuah rumah yang...

RISDA Mohon Peruntukan Tambahan...

RAUB - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memohon peruntukan tambahan...

Semua Ada Lagu Sendiri,...

SEORANG demi seorang anggota kumpulan Forteen muncul dengan lagu single solo mereka. Kini...

Apa Kerajaan PH Buat...

BIDAS... Datuk Seri Najib Tun Razak sangkal kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang...

Nana Nafi Bercinta Dengan Pengurus Sendiri

SEMALAM MYNEWSHUB ada mengeluarkan khabar angin mengatakan bahawa penyanyi Siti Nordiana dalam senyap menjalin hubungan cinta dengan pengurus sendiri.

Nana bagaimanapun tampil menafikan dakwaan menyatakan beliau bercinta dengan pengurus sendiri yang tersebar menerusi laman sosial semalam.

Menurut Nana, khabar angin seumpama itu adalah lumrah dalam hidup seseorang yang bergelar artis yang berkecimpung dalam industri seni.

Namun dia tidak cepat melatah berkaitan isu berkenaan serta menganggapnya sebagai asam garam dalam industri seni suara tanah air.

Pelantun lagu Cinta Hanya Sandaran ini lebih selesa sebagai ibu tunggal dan memberi sepenuh tumpuan kepada anak tunggalnya, Mohamad Rayyan Nakhaie.

Ia hasil perkongsian hidup dengan pelakon drama, arwah Mohd. Faizal Yusup malah menjadi tanda jenama perniagaan tudungnya yang diberi nama NanaRayyan, gabungan namanya dan anak lelaki beliau.


nana1

Memetik kata-kata Nana kepada portal BH Online, dia sememangnya tiada sebarang hubungan cinta atau istimewa antara dia dan pengurusnya dikenali sebagai Anas. Semuanya atas urusan kerja.

“Anas sudah lama jaga kerjaya seni saya, sejak berada di bawah bumbung syarikat FMC lagi. Malah, saya juga ada seorang pembantu peribadi wanita,” jelas juara Gegar Vaganza Musim kedua ini kepada portal BH Online.

Apa pun perancangan Nana, MYNEWSHUB percaya peminat-peminat Nana akan mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan menyokong segala keputusan yang dibuat. – MYNEWSHUB.CC

Baca: Siti Nordiana Jalin Hubungan Cinta Pengurus Sendiri?

Juga: “Nana Tak Serik Berkahwin Tetapi…” – Siti Nordiana

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=SckdDB-ddrM]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori