PELAKON Nas-T mendedahkan dia mengambil keputusan bernikah lebih awal dengan selebriti Instagram, Atita Haris berikutan tersebarnya gambar mereka ketika sedang menghadiri kursus kahwin baru-baru ini.
Pasangan ini sebenarnya merancang ingin bernikah pada 4 Mac hadapan namun terpaksa mempercepatkannya atas permintaan kedua-dua belah keluarga.
“Pada awalnya kami rancang untuk bernikah pada 4 Mac depan tapi selepas foto-foto hari pertama kami ketika kursus kahwin tersebar di internet, keluarga kami desak agar dipercepatkan.
“Jadi, selepas dapat sahaja sijil kahwin, kam terus cari tarikh terdekat untuk bernikah,” katanya memetik mStar.
Nas-T atau nama sebenarnya, Nas Muammar Zar Nasruddin, 33, menyatakan mereka sah bergelar suami isteri pada Jumaat lalu (29 Januari) di Surau Al-Ikhlas, Subang Jaya.
Nas-T dan Atita akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka pada 4 Mac ini di Hotel One City, Subang Jaya.
Atita mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Nur Sofia Hazrul Fadhli, 4 tahun, hasil perkahwinan terdahulu. – MYNEWSHUB.CC