Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

VIDEO: iPhone 6 Milik...

BAYANGKAN betapa bangganya menjadi orang pertama dalam negara anda yang membeli telefon pintar...

“Sultan Tiada Kuasa Mutlak...

BERIKUTAN titah Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mengharamkan penjualan vape...

Sukarelawan Sukan SEA &...

BANGI - Sukarelawan Sukan SEA Kuala Lumpur perlu mempunyai kelebihan serba boleh dalam...

Undang-Undang Anti Lompat Parti...

SHAH ALAM - Undang-Undang Anti Lompat Parti dijangka mula dilaksanakan menjelang penghujung bulan...

Nazri Usul Gantung Keanggotaan Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata beliau akan mengusulkan supaya keanggotaan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti esok.

Beliau berpendapat prestasi UMNO di Johor tidak akan terjejas sekiranya Muhyiddin digantung daripada parti kerana Ketua UMNO Bahagian Pagoh itu bukannya mewakili suara majoriti UMNO Johor.

“Sejak bila pula Muhyiddin mewakili Johor? Ketua Badan Perhubungan UMNO Johor adalah Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,” katanya pada pemberita di Istana Budaya di sini Khamis.

Mohamed Nazri ditanya mengenai bakal akibat di Johor sekiranya tindakan diambil ke atas Muhyiddin berikutan kritikan secara terbuka terhadap Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya beliau akan kemukakan aduan mengenai tindakan Muhyiddin yang membelakangi presiden parti dan seterusnya mengusulkan supaya keanggotaannya digantung. – BERNAMA


[wpdevart_youtube]IdnurOO02aQ[/wpdevart_youtube]

[wpdevart_youtube]jci_RJ9oLG8[/wpdevart_youtube]

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori