SEORANG wanita tua telah disengat oleh beribu-ribu lebah selepas sarangnya diganggu dan dibaling batu oleh beberapa pelajar sekolah.
Ketika itu wanita malang tersebut sedang berjalan di kawasan berkenaan dalam kejadian yang berlaku di Amanzimtoti di Afrika Selatan.
Lebih mengejutkan apabila beratus-ratus sengat lebah turut melekat pada muka wanita terbabit.
Menurut anggota paramedik, Chris Botha, yang juga penternak lebah, dia mendapati wanita itu terbaring di atas jalan dan badannya ditutup dengan selimut oleh saudara maranya.
Jelasnya, bomba terpaksa dipanggil untuk menghalau lebah-lebah terbabit. Mereka menyembur air ke atas lebah terbabit dalam usaha menenangkannya.
Manakala cucu wanita berkenaan yang cuba membantu neneknya, turut disengat beratus-ratus ekor lebah.
“Pasukan paramedik terpaksa bekerja keras untuk menstabilkan wanita itu sebelum dia dikejarkan ke hospital,” kata Chris. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]r5zBalp7zlQ[/wpdevart_youtube]