Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

11 Kluster Baharu COVID-19...

PUTRAJAYA - Bilangan kluster jangkitan COVID-19 aktif di negara ini turut meningkat apabila...

“Najib Tak Bawa Pakaian...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf menafikan berlaku campur tangan Pejabat Perdana...

Pertukaran 16,000 Guru ‘Duka...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan telah meluluskan hampir 16,000 permohonan pertukaran kes guru...

Beberapa Laluan Ditutup Akibat...

KUANTAN - Beberapa laluan di Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT)1...

Op Selamat 8: Kadar Kemalangan Meningkat, Kes Kematian Menurun

KUALA LUMPUR – Sebanyak 19,572 kes kemalangan dicatatkan sepanjang Op Selamat 8 sempena sambutan Tahun Baru Cina yang berakhir Isnin lepas, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata walaupun kes kemalangan meningkat sebanyak 478 kes berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kadar kematian menurun sebanyak 28 orang iaitu 279 berbanding 307 mangsa tahun lepas.

“Kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun lepas (Op Selamat Tahun Baru Cina 2015) adalah 19,094 kes, tahun ini ia meningkat kepada 19,572 kes.

Pengguna jalan raya masih lagi menggunakan lorong kecemasan, memandu laju dan gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penganugerahan surat penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen/daerah terbaik Op Selamat 8/2016 sempena Tahun Baru Cina di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, kontinjen Johor dianugerahkan sebagai kontinjen terbaik dalam Op Selamat 8, manakala kontinjen Perak dan Kelantan masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Bagi peringkat daerah pula, Johor Baharu Selatan diumum sebagai daerah terbaik, Kota Setar dan Kuala Selangor masing-masing di kedudukan kedua serta ketiga.


Menyentuh mengenai penubuhan ‘Strike Force’ dalam Op Selamat 8 di zon selatan iaitu kontinjen Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, Noor Rashid berkata ia menunjukkan kesan positif.

“Team-team kecil ini yang berpangkalan di Muar, Johor telah bergerak secara berkala ke lokasi yang dikenal pasti sebagai ‘kawasan panas’ kemalangan atau lokasi kesesakan trafik yang tinggi.

“Melihat kepada hasilnya, kita akan mengkaji keperluan dan kesesuaian pendekatan ini untuk dilaksanakan di zon-zon lain iaitu zon utara, pantai timur dan zon tengah bagi operasi akan datang, insya-Allah,” katanya.

Mengulas mengenai isu kemasukan warga Bangladesh ke negara ini, Noor Rashid berkata polis sentiasa peka dengan masalah sosial yang melibatkan sebahagian warga asing.

“Bagaimapun, majikan yang menggaji warga asing ini perlu pantau gerak geri pekerja asing bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. Polis akan bersama dengan pihak berkaitan dalam menjaga keamanan negara,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori