Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tanah Runtuh: Penghuni Di...

IPOH - Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tanah rumah melibatkan Rumah Peranginan...

JPAM Sasar 2 Juta...

ALOR SETAR - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menyasarkan dua juta sukarelawan sehingga...

Selangor Kaya Sumber Air,...

JIKA hendak disalahkan cuaca panas, memang tidak logik kerana setiap hari pasti hujan...

Ahli Parlimen Padang Besar...

KANGAR - Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang ditempatkan di...

Ops Paling Sukar Tangkap Gajah Liar

Kuala Klawang – “Ini hari paling mencabar sejak enam tahun lalu,” kata Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun ketika menyertai misi memindahkan lima gajah sesat selepas ditangkap di dua lokasi berasingan di Jelebu.

Kelima-lima gajah iaitu tiga ibu dan dua anak masing-masing ditangkap di Hutan Tanah Pamah Keling Kampung Belai Hilir dan Kampung Jelatang Petaseh, di sini pada Jumaat dan kelmarin menggunakan kaedah tembak ubat pelali selepas mamalia berkenaan merosakkan tanaman penduduk kampung.

Wan Mat berkata, anggotanya pernah melakukan kerja pemindahan, namun membabitkan seekor gajah jantan pada 2010.

“Ini cabaran paling besar bagi PERHILITAN negeri melakukan kerja pemindahan. Operasi kali ini membabitkan lima gajah terdiri ibu dan anak.


“Kerja pemindahan dilakukan dengan bantuan kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang dengan menggunakan dua gajah pujuk dari pusat berkenaan. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori