Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Anggota Big Bang, Seungri...

SELEPAS peminat K-Pop dikejutkan dengan kematian dua anggota kumpulan Ladies' Code minggu lepas,...

Kes Culik Kajang: 3...

KAJANG - Tiga lelaki termasuk dalang utama berusia 44 tahun didakwa di Mahkamah...

Juri The Voice, Gwen...

NAMA dua tenaga pengajar dan juri program nyanyian The Voice, Gwen Stefani dan...

Kerajaan Benarkan Gelembung Perjalanan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini bersetuju untuk membenarkan gelembung perjalanan domestik bagi negeri...

Orang Ramai Pilih Rakam Gambar, Bukan Bantu Mangsa Kemalangan

Seorang ibu dan anaknya yang terlibat dalam kemalangan selepas sebatang pokok menghempap kereta yang dipandunya, terkejut apabila mendapati orang ramai memilih untuk merakamkan gambar, bukannya membantu mereka yang dalam kesusahan ketika itu.

Ia berlaku selepas Susan McKay dan anak perempuannya, Terrilee Hope telah terperangkap dalam kereta selepas sebatang pokok tumbang di Country Durham.

susan

Susan menyangka orang ramai yang berpusu-pusu ke arah mereka mahu menyelamatkan dia dan anaknya, namun malangnya orang ramai lebih berminat merakamkan gambar dan video.

“Saya menjerit dan panik. Saya terperangkap di steering kereta. Pokok itu turut menghempap kabel eletrik dan ia jatuh berhampiran kereta di bahagian anak saya duduk.


“Kami tidak dapat melepaskan diri. Ada orang yang saya kenali, sanggup pulang dan berpatah balik untuk mengambil gambar. Meskipun kami merayu bantuan tetapi mereka langsung tidak membantu,’’ kata Susan.

Jelasnya, satu-satunya individu yang membantu adalah seorang pemandu bas yang menghubungi 999 dan cuba mententeramkan mereka.

“Dia sangat baik dan kami terhutang budi kepadanya dan pasukan paramedik tetapi saya rasa jijik dengan yang lain. Mereka patut rasa malu,’’ demikian kata Susan dalam keadaan marah.`

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori