Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Permainan Ramalan Di Laman...

KUALA LUMPUR – Umat Islam dinasihatkan agar berhati-hati dengan kegiatan permainan ramalan yang...

Tugas ‘Ekstra’ Cikgu.. Buang...

BAGI yang kurang maklum, tugas cikgu Pembantu Pengurusan Murid adalah menolong mengasuh murid-murid di...

Cadangan Bina Lorong Basikal...

KOTA BHARU - Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dicadang supaya membina...

MAHB Perlu Hentikan Perbuatan...

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) perlu menghentikan perbuatan memilih data...

PAC Utamakan Pembentangan Ketua Audit Negara

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi keutamaan untuk mendengar pembentangan Ketua Audit Negara berhubung Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menyiapkan Laporan PAC untuk dibentangkan di Parlimen secara telus dan adil.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata PAC akan mendengar Pembentangan Laporan Akhir Ketua Audit Negara Terhadap Pengauditan 1MDB pada 24 dan 25 Feb ini.

“Hari ini, PAC selesai mendengar keterangan bekas Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB Tan Sri Bakke Mohd Salleh dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

“Selepas pembentangan Laporan Akhir Ketua Audit Negara ini, jika sangat perlu dan ada kewajaran dalam membantu PAC bagi mendapatkan maklumat untuk membuat Laporan PAC berhubung Pengurusan Kawalan Urus Tadbir 1MDB ke Parlimen, barulah PAC akan menimbang untuk memanggil saksi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Hasan berkata PAC dianggotai oleh wakil-wakil daripada Barisan Nasional yang terdiri daripada UMNO, MCA, Gerakan, PBB dan UPKO serta wakil parti pembangkang iaitu dari PKR, DAP dan PAS.

Beliau juga meminta rakyat supaya yakin dengan ketelusan Laporan PAC yang akan dibentang ke Parlimen. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]kk6dyPKb0jg[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori