Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Remaja Dirogol Beramai-Ramai Sebelum...

BUENOS AIRES – Seorang remaja Argentina telah dirogol beramai-ramai sebelum kedua-dua matanya dikorek...

Gajah Mati Disyaki Termakan...

Padang Terap : Gajah betina yang ditemui di tepi Jalan Empangan Pedu, berdekatan...

Lagi Mangsa Macau Scam...

BARU-BARU ini Mynewshub mengingatkan tentang penipuan Macau Scam menggunakan nama Lembaga Hasil Dalam...

Malaysia Hargai Bantuan Jepun...

TOKYO - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menzahirkan ucapan terima...

Padah Serang Polis Dengan Kapak

Bintulu – Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan pada kaki kiri seorang suspek curi kenderaan ketika cuba mempertahankan diri daripada diserang lelaki itu yang bersenjatakan kapak di Jalan Bintulu-Miri, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian 3.20 pagi itu, suspek berusia 33 tahun cedera di kaki kiri dan ditangkap, manakala dua rakannya melarikan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, ketika sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu melakukan rondaan cegah jenayah di sebuah tapak pembinaan, mereka terserempak dengan sekumpulan tiga lelaki yang mencuri lori satu tan.

Menurutnya, apabila menyedari kehadiran polis, suspek memandu lori itu meningalkan lokasi kejadian.

“Polis berjaya memintas lori dinaiki suspek di KM45, Jalan Bintulu-Miri, di sini dan mengejar ketiga-tiga suspek yang melarikan diri ke semak berhampiran.

“Seorang suspek berjaya ditangkap menyebabkan berlaku pergelutan antaranya dengan seorang pegawai polis. Dia cuba menyerang pegawai terbabit dengan kapak.


“Pegawai terbabit terpaksa melepaskan satu das tembakan di kaki kiri suspek untuk mempertahankan diri daripada diserang,” katanya.

Dev berkata, pemeriksaan awal mendapati suspek ahli sindiket yang terbabit dalam curi kenderaan pacuan empat roda dan lori di Bintulu.

Katanya, polis masih lagi mengesan dua suspek yang berjaya melarikan diri dan suspek yang cedera dirawat di Hospital Bintulu. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori