Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

 70K Transgender Usaha Tuntut...

TERDAPAT 70 ribu transgender dengan lebih 70 peratus beragama Islam kini sedang berusaha melalui...

26 Maut Gempa Bumi...

HERAT : Seramai 26 orang terbunuh selepas gempa bumi 5.3 skala Richter melanda...

Pemilihan UMNO Tak Akan...

KUALA LUMPUR - Pemilihan parti UMNO pada akhir bulan ini tidak akan mewujudkan...

4 Kontena Rokok Dengan...

DENGKIL - Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas empat kontena rokok dengan cukai dianggar...

Paderi Maut Ditembak Dalam Gereja

WASHINGTON – Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di gereja Baptist di Dayton, Ohio pada Ahad menyebabkan seorang paderi mati, lapor media tempatan.

Televisyen WHIO berkata, paderi gereja St Peter’s Missionary Baptist meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami dalam insiden itu pada kira-kira jam 12:30 tengah hari waktu tempatan.

Seorang saksi berkata, beliau terdengar dua das tembakan selepas suspek berjalan masuk ke dalam pejabat paderi berkenaan.

Saksi berkata, polis kemudiannya mengiringi suspek dari gereja dengan bergari dan memasukkannya ke dalam kenderaan pihak berkuasa.

Sebuah lagi stesen televisyen, WDTN, memetik saksi bahawa paderi itu sedang berjalan ke arah mimbar gereja berkenaan apabila adiknya, yang duduk di kerusi panjang, berdiri dan mengekorinya.


Mereka terdengar beberapa tembakan susulan menyebabkan orang yang berkumpul cemas melarikan diri.

Lebih 20 orang dilaporkan berada di dalam gereja berkenaan ketika insiden tembakan terbabit. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori