KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mahu seluruh pemuda kaum Cina di negara ini mendaftar sebagai pengundi dalam usaha mengalahkan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Timbalan Ketua Pemuda PAN Perak, Mohd. Fitri Asmuni berkata, pemuda kaum Cina perlu mengambil kesempatan daripada cuti Tahun Baru Cina kali ini untuk berbuat demikian.
“Kepada anak muda berbangsa Cina yang bercuti sempena Tahun Baru Cina kali ini agar mengambil peluang mendaftar sebagai pemilih agar layak untuk menjadi pengundi pada PRU akan datang.
“Kami ucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh bangsa Cina,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu, Mohd. Fitri berkata, Pemuda PAN Perak mengharapkan peluang pulang bercuti di kampung sebagai ruang untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan kaum Cina.
Menurutnya, Tahun Baru Cina dapat juga menunjukkan rakyat Malaysia mempunyai semangat muhibbah dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]TJOhOJr3q9E[/wpdevart_youtube]