Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

2 Individu Ajak Sertai...

JOHOR BAHRU - Polis mengenal pasti dua individu masing-masing mengeluarkan kenyataan mengajak orang...

Jenazah Pelajar Malaysia Maut...

KUALA LUMPUR - Jenazah Affiah Ariffin Hew, 23, yang meninggal dunia selepas terbabit...

Pujuk Rayu Tiada Hasil

PETALING JAYA - Pelbagai alasan dan helah diberikan, malah ada yang menawarkan rasuah...

4 Kematian Akibat Denggi...

KUANTAN - Sebanyak 751 kes dan empat kematian akibat demam denggi direkodkan di...

PAS Yakin Sokongan Cina Walaupun Difitnah Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR – PAS Terengganu yakin parti itu akan terus mendapat keyakinan masyarakat Tionghua negeri itu meskipun pelbagai fitnah terus dilemparkan oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan ke atas PAS.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, pihaknya yakin persepsi masyarakat Tionghua Terengganu ke atas PAS tidak berubah disebabkan perkara itu.

“Walaupun pihak-pihak yang cemburu, cuba memburukkan dan memomokkan PAS dengan tohmahan yang tidak baik, tetapi kami yakin persepsi masyarakat Tionghua Terengganu tidak berubah.

“PAS Terengganu yakin kerjasama dengan masyarakat Cina akan terus terjalin dengan baik kerana PAS mempunyai hubungan yang sudah lama terbina,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.


Pucuk pimpinan PAS sedang diserang hebat oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan di media sosial disebabkan keengganan parti itu tunduk kepada ideologi DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Pakatan Harapan antara lain menuduh pemimpin PAS terutama ulamanya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din sebagai manusia penipu. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]dV4ayeal1vE[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori