Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Surat Dakwa Zuraida Sertai...

KUALA LUMPUR - Sebaran surat menyatakan kononnya Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin memohon...

Video Seks: Polis Ambil...

KUALA LUMPUR - Polis telah mengambil keterangan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

Penyelia Kilang Dituduh Bunuh...

KLUANG - Seorang penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan...

Mayat Lelaki Reput Ditemui...

KECOHĀ apabila gambar penemuan mayat yang ditemui dengan kesan ikatan di leher dan tembakan...

Paus Ditemui Mati Merupakan Paus Jantan Dewasa Spesies Sei

BATU PAHAT – Paus yang ditemui mati di muara Sungai Sarang Buaya, Semerah dekat Batu Pahat, di sini, merupakan paus jantan dewasa daripada spesies Sei atau nama saintifiknya Balaenoptera Borealis.

Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan Perikanan (FRI), Rantau Abang, Terengganu, Mohd Tamimi Ali Ahmad berkata paus berukuran 12 meter panjang dan seberat 15 tan itu juga merupakan spesies terancam yang disenaraikan Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN).

“Paus ini berkemungkinan mengalami gangguan emosi selepas terpisah daripada kumpulannya dan kemudian terdampar di Pantai Rambah, dekat Pontian, dua hari lepas.

“Berkemungkinan organ dalamannya sudah mengalami kerosakan selepas terdampar di Pontian yang kemudiannya menyebabkan mamalia itu bertindak membunuh diri walaupun sudah dilepaskan ke laut,” katanya kepada pemberita di Jeti Pejabat Perikanan Batu Pahat, hari ini.

Terdahulu, paus terbabit yang ditemukan mati kira-kira 6 petang semalam, ditunda sejauh 15 batu nautika menggunakan sebuah bot nelayan kelas A, mulai 12 tengah hari tadi, sebelum berjaya didaratkan di jeti terbabit menggunakan kren, kira-kira 3 petang.

Mohd Tamimi berkata berdasarkan pengalaman, kejadian kematian paus daripada spesies tersebut merupakan kali keempat di negara ini dalam tempoh 10 tahun iaitu di Pulau Carey di Selangor, Pantai Nenasi di Pahang, Banting di Selangor sebelum di Sungai Sarang Buaya, semalam.

Beliau berkata kehadiran spesies paus ketiga terbesar di dunia tersebut di perairan negara ini bukan sesuatu yang luar biasa memandangkan perairan negara ini merupakan laluan bagi haiwan itu.


Katanya, spesies berkenaan biasanya akan berenang mengikut musim dan mencari organisme kecil, plankton, anak ikan ataupun anak udang yang banyak terdapat di perairan negara ini.

“Buat masa ini pihak kami akan melakukan bedah siasat terhadap bangkai paus ini yang dijangka mengambil masa seminggu. Dagingnya akan dilupuskan manakala tulangnya akan dibawa ke FRI Rantau Abang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Malaysia (APMM), Pangkalan Maritim Batu Pahat, Lt Komander Maritim Muhammad Zulkifli Abdullah berkata paus terbabit dianggar berenang sejauh 90 batu nautika dari Pontian, dua hari lepas sebelum terdampar di muara Sungai Sarang Buaya, semalam.

“Paus itu masih hidup ketika ditemui nelayan 4 petang semalam dan kemudian didapati mati selepas tersangkut di dalam mendapan lumpur, kira-kira dua jam kemudian,” katanya dengan menambah paus itu didapati sama dengan paus ditemukan di Pantai Rambah berdasarkan tali yang diikat pada ekornya ketika operasi menyelamat, dua hari lepas.

Muhammad Zulkifli berkata untuk bantuan hari ini, anggota APMM bertugas memantau proses penundaan paus terbabit ke jeti Pejabat Jabatan Perikanan Batu Pahat bagi memastikan berjalan lancar. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]r9GtENPNQ5I[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori