Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Wanita Warga Emas Berkhemah...

KUALA LUMPUR - Gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan pihak bank melelong rumahnya,...

Rundingan Awam KWSP Ditutup,...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menutup rundingan awam bagi...

Zahid Cuti Sakit, Perbicaraan...

SHAH ALAM - Perbicaraan kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas 40...

Rangka Bot Karam Ditemui...

KOTA KINABALU - Polis hari ini mengesahkan penemuan rangka bot jenis katamaran di...

Payung Gergasi Bakal Dipasang Keliling Kaabah

MAKKAH – Jemaah yang mahu melakukan tawaf di Masjidilharam atau pun yang menunaikan solat di sekeliling Kaabah dijangka boleh melakukan ibadah tersebut dengan lebih selesa pada masa hadapan.

Ia berikutan timbul cadangan serius untuk pemasangan beberapa payung gergasi di sekitar kawasan laluan tawaf tersebut oleh pihak berkuasa Arab Saudi yang akan menjadi kenyataan tidak berapa lama lagi.

Cadangan untuk memasang payung raksasa berkenaan seperti yang terdapat di perkarangan Masjid Nabawi di Madinah dilaporkan masih dalam peringkat kajian tetapi ia tidak mustahil untuk dilaksanakan.

Menurut laporan media tempatan, perkara tersebut dibincangkan selepas Ketua Majlis Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais berbincang dengan wakil daripada pihak Kementerian Kewangan.


Mesyuarat berkenaan turut dihadiri jawatankuasa projek Masjidilharam di pejabatnya beberapa hari lalu, namun butiran terperinci mengenai kos dan tempoh penyiapan tidak pula dijelaskan dengan lebih terperinci.

Payung berbentuk kelopak bunga di Masjid Nabawi itu bukan sahaja amat berguna untuk melindungi jemaah berusia daripada sinaran terik matahari, khususnya pada musim panas, malah ia juga menjadi tarikan unik.

Projek dibincangkan pada mesyuarat itu termasuk pembinaan perpustakaan di dalam kompleks Masjidilharam yang kini sudah diperbesarkan untuk menampung lebih sejuta jemaah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Jom Lihat Kawasan Kaabah Dalam Paparan 360 Darjah

Juga: Kelambu Kaabah Dengan 120 Kilogram Benang Emas

Lagi: Video Tawaf Kaabah Pakai Alat Peluncur Elektronik?

Dan: Trend Selfie Depan Kaabah Ganggu Jemaah Beribadah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori