PUTRAJAYA – Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara akan ditutup selama empat hari mulai 6 hingga 9 Feb ini sempena sambutan Tahun Baru Cina.
JPN dalam kenyataannya hari ini memaklumkan pejabat terbabit akan kembali beroperasi seperti biasa pada 10 Feb.
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi pejabat perkhidmatan pelanggan/tetamu Ibu Pejabat JPN Putrajaya di talian 03–88807077 atau e-mel di [email protected]. – BERNAMA