Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pasangan Warga Indonesia Ditemui...

SEPASANG suami isteri warga Indonesia ditemui mati dalam sebuah pondok di kebun buah naga...

Gavin Kyle Intai Slot...

KUALA LUMPUR - Pemain golf negara, Gavin Kyle Green mengintai slot nombor satu...

Tiada Keperluan PKPD Seluruh...

KOTA KINABALU - Tiada keperluan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di...

K’jaan P.Pinang Disaran Selesai...

GEORGE TOWN - Kerajaan negeri digesa supaya menyelesaikan masalah kekurangan tempat letak kereta...

Pekerja Pendawaian Dipenjara 6 Bulan Ceroboh Rumah Wanita

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja pendawaian elektrik dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang, di sini, hari ini kerana menceroboh masuk ke rumah seorang wanita pada April tahun lepas.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menjatuhkan hukuman tersebut ke atas S Shasitharan, 21, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 20 Okt 2015.

Tertuduh didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki rumah penasihat jualan Norazalia Jamaludin, 32, di Flat Mesra Ria, Jalan Ikan Emas, Pandan Mewah, di sini pada 7.30 petang 3 April 2015.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang sedang tidur terdengar bunyi di bahagian dapur rumah kira-kira 3.30 pagi dan semasa memeriksanya, mangsa ternampak tertuduh sedang mengintai.

Mangsa kemudian menjerit menyebabkan tertuduh melarikan diri.


Bagaimanapun pada 7.30 pagi hari yang sama, tertuduh sekali lagi masuk ke dalam rumah itu.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan dia sudah menyesal dan berjanji tidak mengulangi perbuatannya.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat mengambil kira tindakan tertuduh yang telah menyebabkan trauma kepada mangsa.

“Trauma yang dialami mangsa adalah sesuatu yang tidak dapat ditukar ganti,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori