Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

59,000 Tiket Separuh Akhir...

PETALING JAYA – Laris bagai ‘pisang goreng panas’ apabila tiket separuh akhir Malaysia...

Lawatan Kerja Rasmi PM...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan Lawatan Kerja Rasmi...

UPM Reka Perabot Berbentuk...

KUALA LUMPUR - Sekumpulan pensyarah dan pelajar Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) Universiti...

Khalid Ibrahim Tak Bercadang...

SUNGAI BESAR - Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak...

Pelaburan Tambahan Finisar Tingkat Ekonomi Perak – Zambry

PASIR SALAK – Pelaburan tambahan sebanyak RM400 juta oleh Finisar Corporation bagi kilangnya di Chemor, kira-kira 90 kilometer dari sini akan meningkatkan ekonomi Perak, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata langkah pembekal produk komunikasi optik terbesar dunia itu juga akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Menurut Zambry, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finisar Corporation, Jerry S.Rawls beberapa bulan lalu bagi membincangkan mengenai perluasan operasi syarikat itu di Perak.

“Kerajaan negeri dan syarikat itu sebelum ini telah mengadakan satu persefahaman bagi menjamin peluang pekerjaan diutamakan kepada rakyat tempatan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan hak milik dan surat kelulusan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) kepada 829 penerima dari empat daerah kecil Kampung Gajah, Perak Tengah di sini hari ini.

Zambry berkata demikian sebagai mengulas pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Rawls dan menyampaikan Surat Kelulusan Pelaburan Tambahan di San Jose, Silicon Valley pada Rabu (Khamis di Malaysia).


Finisar merupakan syarikat pembekal terbesar dunia produk komunikasi optik termasuk penghantar terima optik, enjin optik, kabel optik aktif, komponen optik dan instrumen optik.

Finisar yang memulakan operasi di Chemor sejak 2001, kini mempunyai 6,000 pekerja.

Syarikat itu mencatat perolehan US$1.25 bilion tahun lepas, menyumbang 25 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pembuatan Perak dan lima peratus kepada KDNK negeri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori