PELAKON yang juga DJ dan pemuzik, Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar mengesahkan bahawa dia sudah pun mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Atita Haris, Jumaat lalu.
Perkara itu tersebar selepas Nas-T menukar profil diri di laman Facebook kepada sudah berkahwin.
Memetik sumber mStar, pelakon berusia 33 tahun itu berkata dia akan memberikan penjelasan lanjut mengenai perkahwinannnya itu menerusi satu sidang media yang akan diadakan pada esok hari.
“Benar saya dan Atita sudah bernikah pada Jumaat lalu. Tapi saya tidak boleh jelaskan dengan lebih lanjut mengenai perkara ini. Tunggu sidang media nanti.
“Kalau boleh saya mahu semua orang mendapat berita ini serentak untuk berlaku adil,” katanya.
Atita merupakan seorang ibu tunggal dan popular di laman Instagram kerana sering kali memaparkan gambar anaknya, Opie yang turut menjadi sensasi Instagram berikutan gaya dan keletah comelnya.
Wanita tinggi lampai yang turut bergiat selaku model ini juga merupakan bekas biras kepada penyanyi Fynn Jamal.
Nas-T, pengacara bersama program Meletop Kebabom sebelum ini pernah bercinta dengan pelakon Nabila Huda yang juga kini sudah selamat bernikah dengan pilihan hatinya pada Disember tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC