Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

JDT Intai Kejuaraan Sulung...

KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) bertekad menjadi pasukan pertama negara...

Nahas Helikopter: Mayat Juruterbang...

KUCHING - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pagi ini sudah menemukan mayat seorang...

12 Mayat Tragedi Kapal...

BEIJING – Sebanyak 12 mayat ditemui susulan insiden sebuah yang kapal karam di...

Cederakan Pemandu Bas: Pesara...

IPOH - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang pesara kerajaan yang...

Pemandu, Kelindan Maut Lori Rempuh Belakang Treler

REMBAU – Seorang pemandu dan kelindan maut selepas lori yang dinaiki merempuh bahagian belakang lori treler membawa muatan getah di Kilometer 226 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan), di sini, pagi tadi.

Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan ASP Zainudin Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, pemandu Mohd Sharif Abdullah, 36, dan kelindan Mohd Noor Akimi Yacob, 21, disahkan maut di tempat kejadian.

“Kedua-dua mangsa yang berasal dari Jerteh, Terengganu, tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan awal, lori yang membawa muatan makanan ringan ini dipandu laju dan gagal mengawal kenderaan lalu melanggar bahagian belakang treler yang sedang bergerak di lorong kiri lebuh raya,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Mayat dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Zainudin turut menasihatkan orang ramai agar memandu secara berhemah terutamanya menjelang musim perayaan bagi mengelakkan lebih banyak lagi nyawa yang terkorban. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori