Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

49 PATI Ditahan Dalam...

KOTA KINABALU - Polis menahan 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi...

Rokok Elektronik Dilarang Dalam...

KUALA LUMPUR - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memandang serius kejadian bateri vape atau...

Jabatan Meteorologi Kesan Ribut...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia mengesan ribut tropika kuat (Mekkhala), kira-kira 1,154...

JAKIM Rangka Dasar Pendidikan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang merangka Dasar...

Pemandu Kereta Langgar Lelaki Ulat Parkir

Rio de Janeiro – Seorang pemandu bertindak melanggar seorang lelaki kerana berang selepas mangsa membaling batu pada cermin keretanya.

Kejadian itu berlaku apabila seorang lelaki dipercayai ulat parkir membaling batu ke arah beberapa kenderaan di sebuah tempat letak kereta.

Rakaman kamera keselamatan di lokasi itu menunjukkan lelaki itu membaling batu ke arah cermin beberapa buah kereta yang keluar tanpa membayar wang kepadanya.

Beberapa pemandu dilihat tidak mempedulikan tindakan lelaki berkenaan dan terus meninggalkan lokasi kejadian.

Bagaimanapun, seorang pemandu tiba-tiba berang selepas cermin keretanya dibaling batu dan terus melanggar lelaki berkenaan.


Rempuhan itu menyebabkan lelaki itu tersangkut di bonet kereta dan tercampak ke dinding apabila pemandu itu membrek.

Lelaki itu kemudian dilihat bangun perlahan-lahan dan tidak mengalami sebarang kecederaan. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori