BELURAN – Polis menahan seorang pemandu kereta sapu dan merampas 52.40 gram syabu di Kilometer 52 Jalan Beluran-Telupid, semalam.
Ketua Polis Daerah Beluran Supt Sivanathan Velautham berkata lelaki berusia 45 tahun yang ditahan itu memiliki kad pengenalan bertaraf pemastautin tetap.
“Ketika ditahan pada 9 malam, polis menemui satu paket plastik berisi ketulan hablur disyaki dadah jenis syabu di dalam kereta lelaki itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952. – BERNAMA