Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Labuan Berpotensi Jadi Hab...

LABUAN - Labuan berpotensi menjadi hab industri perikanan tuna, kata pengerusi Lembaga Kemajuan...

Gaji Pemain TRW RM816,000...

KUALA LUMPUR - Penaja The Red Warriors (TRW), Tan Sri Annuar Musa kecewa...

Bebiri Bulu Lebat 40kg...

CANBERRA — Seekor kambing biri-biri betina di Australia menjadi sensasi kerana memiliki bulu...

Jurulatih UKM FC Puashati...

KUALA LUMPUR - Ketua Jurulatih UKM FC, Sulaiman Hussin gembira apabila pasukannya berjaya...

Pemandu Uber ‘Naik Hantu’, 6 Maut Ditembak

KALAMAZOO – Enam maut apabila seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah mangsa yang dipilih secara rawak di luar kompleks pangsapuri, pusat pengedaran kereta dan restoran di Michigan, dalam kejadian yang berlanjutan hampir tujuh jam.

Pihak berkuasa mengenal pasti penembak sebagai Jason Dalton, pemandu Uber berusia 45 tahun dan bekas penyiasat insurans yang tiada rekod jenayah.

Mereka tidak memberitahu motif beliau menyasarkan mangsa dengan tiada kaitan dengan beliau atau sesama sendiri, dalam kejadian malam Sabtu itu. Dalton, yang ditahan di Kalamazoo berikutan usaha memburunya besar-besaran, dijangka didakwa hari ini atas tuduhan membunuh.

Sherif Kalamazoo, Paul Matyas, menggambarkan siri serangan menakutkan itu bermula jam 6 petang waktu tempatan pada Sabtu di luar kompleks penempatan Meadow di Kalamazoo, yang menyaksikan seorang wanita ditembak beberapa kali. Beliau dijangka selamat.

Kira-kira empat jam kemudian dan pada jarak 24 kilometer, seorang lelaki dan anak lelakinya berusia 17 tahun ditembak mati ketika meninjau kereta di pusat pengedaran kenderaan itu.


Lima belas minit kemudian, lima lagi ditembak di tempat meletak kenderaan di restoran Cracker Barrel, empat daripadanya terbunuh, kata Matyas.

“Ini adalah pembunuhan secara rawak,” katanya. Dalton ditahan pada jam 12.40 pagi waktu tempatan, Ahad apabila seorang pegawai mengesan kenderaannya dipandu di pinggir Kalamazoo selepas meninggalkan sebuah bar. – AP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori