Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

ICA Tahan Pemandu Bas...

SINGAPURA - Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Singapura (ICA) menahan seorang pemandu bas...

Pekerja Ladang Warga Pakistan...

KUALA TERENGGANU - Seorang pekerja ladang warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas...

Miliki Mata Biru Jernih,...

KUCING yang diberi nama Coby ini pantas meraih perhatian netizen antarabangsa apabila dinobatkan...

Sembilan Punca Mati Pucuk

Dianggarkan bahawa antara 30% dan 40% daripada lelaki yang berusia 40 tahun telah menghadapi beberapa tahap mati pucuk

Pemantun Iban Dari SMK Song Juarai Pesta Pantun Di UKM

SIBU – Sekolah Menengah Kebangsaan Song, dari Bahagian Kapit muncul juara Pesta Pantun Integrasi Budaya anjuran Kolej Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berlangsung dari 10 hingga 14 Feb lepas.

Kemenangan itu merupakan yang kedua berturut-turut diperoleh oleh pasukan pemantun bukan Melayu dari sekolah berkenaan selepas kali pertama menjuarainya tahun lepas.

Dengan memakai pakaian tradisional wanita Iban, Marlia Kilat, Angeline Cynthia Antai dan Emily Stephen Tanang yang dibimbing oleh guru kelahiran Kedah Azmi Md Said menewaskan 15 pasukan dari Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, sebuah piala pusingan dan juga sijil.

Naib johan dan tempat ketiga jatuh kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab (SMK) dan SMK Tasek Utara, kedua-duanya dari Johor.

Emily mengharumkan lagi nama SMK Song apabila muncul pemenang Anugerah Pemantun Terbaik Final dan membawa pulang sebuah piala, hamper, wang tunai RM150, sijil dan baucar RM100 Butik Permaisuri Signature.


Marlia pula muncul sebagai pemenang Anugerah Pemantun Terbaik Keseluruhan dan membawa pulang sebuah piala, hamper, buku dan sijil.

Azmi yang melahirkan rasa bangga dan puas hati beliau berkata, kemenangan anak-anak didiknya itu sangat bermakna buat beliau yang telah lima tahun bertugas di sekolah itu.

“SMK Song adalah satu-satunya sekolah yang menghantar peserta bukan Melayu berbanding 15 sekolah lain yang mempertaruhkan peserta-peserta Melayu.

“Kemenangan ini melambangkan pantun yang sinonim dengan budaya Melayu telah diterima dalam budaya kaum lain terutamanya kaum Iban,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori