Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Buat ‘Self-Lockdown’ Elak Jangkitan...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat melakukan sekatan pergerakan kendiri...

Bas ‘Lama’ Juga Perlu...

KUALA LUMPUR - Pemasangan alat pengehad kelajuan (SLD) perlu diwajibkan ke atas semua...

Makin Popular, KTMB Tambah...

ALOR SETAR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan tambahan sembilan unit tren...

Atlet Gimnastik AS Teruja...

PELBAGAI memori menarik tercipta sepanjang berlangsungnya Sukan Olimpik 2016 yang berlangsung di Rio...

Pembangkang ‘Kencing’ Mukhriz, Tipu Mahfuz Teori 18-18

BERITA pengunduran Menteri Besar Kedah ke-11, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir pada 3 Februari memang mengejutkan banyak pihak ketika jentera siber beliau sehari sebelum itu dengan yakin dakwa mustahil berlaku.

Kononnya tindakan Jemaah Pemangku Sultan Kedah dipengerusikan Tan Sri Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah memanggil 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang pada 2 Februari agak aneh.

Ia membayangkan teori Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Mahfuz Omar konon keputusan undian bakal terikat seri membolehkan Mukhriz kekal berkuasa apabila bukan semua ADUN BN bersatu sokong usaha penyingkiran beliau.

Ketika itu media sosial tanah air dibanjiri propaganda ‘tentera’ maya Mukhriz yang dakwa hanya 18 ADUN BN mahu Menteri Besar baharu sekali gus menyamai jumlah undian ADUN pembangkang campur tiga ADUN BN lain.

Ini hasil congak kerana Exco kerajaan negeri, ADUN Jitra, Aminuddin Omar dan ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yacob serta Mukhriz sendiri khabarnya menjadikan undian sama banyak dengan yang totok anti-Mukhriz.

Pada mesyuarat Exco minggu sebelumnya cuma tiga Exco hadir iaitu Aminuddin, Suraya dan ADUN Bandar Bahru, Datuk Nor Sabrina Mohd. Nor sekali gus tiada keputusan boleh diluluskan kerana perlu minimum 4 Exco.

Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah memiliki 15 kerusi iaitu lapan milik PAS, dua milik DAP dan empat milik PKR dan satu wakil PAN manakala BN mempunyai kerusi terbanyak iaitu 21 kerusi DUN.

Apa yang mereka terlupa, dua ADUN pembangkang tidak hadir kerana ada urusan di luar negara iaitu ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah daripada PAS dan ADUN Bukit Selambau, Dr. R. Krishnamoorthy daripada PKR.

Ini bermakna jumlah undian mereka susut 2 kerana protokol DUN apatah lagi Jemaah Pemangku Sultan tidak boleh wakilkan orang lain; bukan macam amalan lazim proksi hadir mesyuarat lembaga pengarah syarikat berhad.

Ia bukan baharu kerana pernah berlaku terhadap menteri hal ehwal Parlimen, Datuk Seri Nazri Aziz suatu ketika dahulu ‘gelabah’ apabila kuorum BN tidak cukup untuk sesi pengundian usul Bajet dalam Dewan Rakyat.

Bayangkanlah Nazri bertungkus lumus kerah semua Ahli Parlimen BN masuk segera ke dewan itu kerana jika kurang undian, secara teknikal kerajaan BN boleh dianggap ‘tumbang’ apabila tidak dapat kepercayaan majoriti.

Seperti amalan Westminster Parlimen British, tujuan undian tidak boleh diwakilkan jika tidak dapat hadir kerana bimbang penipuan wakil diamanahkan itu memandangkan dalam sains politik, macam-macam boleh berlaku.

Kes terbaik ketika krisis Menteri Besar Perak pada 2009 apabila 3 ADUN pembangkang paling tadah sokong BN, maka almarhum Sultan Azlan Shah tanya pendirian setiap ADUN seorang demi seorang tanpa boleh ada proksi.

Begitu juga ketika krisis Menteri Besar Selangor pada 2014 setelah semua ADUN BN sokong terbuka Abdul Khalid Ibrahim bagi selamatkan kedudukan status quo sebelum menyaksikan dua ADUN PAS tiba-tiba belot sokong PKR.

Justeru, ketiadaan 2 wakil pembangkang menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah sepatutnya ‘berita buruk’ kepada Mukhriz dan menimbulkan tanda tanya, adakah ini mungkin juga sabotaj daripada pembangkang sendiri.

Ini soal mati hidup karier politik Mukhriz tetapi dua ADUN itu boleh pula ada di luar negara macam krisis Menteri Besar tidak penting, walhal mereka sepatutnya siap siaga di Kedah jika berlaku proses undian usul bila-bila masa.

Lucunya, beberapa ADUN PKR dan DAP siap buat sidang akhbar di luar Wisma Darul Aman lewat 2 Februari konon mereka bersatu hati sokong Mukhriz dan terlupa sebenarnya PAS bukan pun ahli Pakatan Harapan.

Sehari sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang beri isyarat awal bahawa ADUN parti itu tidak sokong Mukhriz dan ini ulangi senario sama sebelum perhimpunan haram Bersih 4.0 pada akhir Ogos tahun lalu.

Ketika itu, Abdul Hadi sudah beri pembayang minta ahli PAS boikot demonstrasi itu dan sebagai tanda marah, ramai peserta Bersih 4.0 memiijak biadap gambar beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Berbalik kepada Kedah, arahan Abdul Hadi itu bermakna undian wakil BN tambah jadi 25, lebih daripada cukup kuorum untuk Jemaah Pemangku Sultan muktamad memaklumkan Mukhriz hilang sokongan majoriti mudah.

Bagi yang faham politik Jelapang Padi, perseteruan PAS terhadap Mukhriz bukan baharu malah apabila pemimpin UMNO buat sidang akhbar pada 20 Januari minta Mukhriz berundur, PAS adalah pihak yang paling gembira!

Untuk rekod, penyokong tegar PAS di Kedah sejak dulu lagi diketahui anti-Mukhriz susulan insiden berdarah Memali melibatkan bapanya, Tun Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Siapa tidak lupa Mukhriz dihina teruk ahli PAS dengan gelaran buruk seperti Kojak dan Popeye masa pilihan raya kecil Sungai Limau pada 2013 lalu berikutan kematian Menteri Besar terdahulu, Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Kejayaan PAS pertahan kerusi itu waima calonnya ‘kantoi’ edit gambar palsu konon pernah jumpa arwah Cikgu Azizan; turut dirujuk portal propembangkang sebagai referendum rakyat Kedah menolak kepimpinan Mukhriz.

Itu cerita zaman dahulu, dan pada 1 Februari 2016, ramai orang Kedah sudah jangka Mukhriz bakal hilang kuasa bukan kerana semua ADUN BN dipanggil menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah ke Wisma Darul Aman.

Malangnya ini gagal difahami tentera siber Mukhriz apabila mereka lebih sibuk perbesarkan cerita konon anggota jemaah pemangku tolak semua tiga nama yang dicalonkan Najib selaku Pengerusi BN untuk dipertimbangkan.

Pada Hari Wilayah Persekutuan itu, tidak semena-mena pengeluar automotif tempatan, Proton umum kenaikan harga semua model keluarannya sekali gus membangkitkan lagi kemarahan rakyat Kedah kepada Mahathir.

Tempiasnya terkena pula Mukhriz dan ini mungkin diambil kesempatan ADUN PAS yang memang anti-Mukhriz daripada asalnya rasa simpati disisihkan UMNO Kedah kepada undi protes terhadap tindakan bapanya itu.

Ramai hairan ketika pesaingnya Perodua boleh kekal harga dan tetap laris susulan manfaat TPPA membolehkan banyak alat ganti diimport dengan duti murah atau sifar peratus, Proton dikuasai Mahathir pula buat sebaliknya.

Pelan Mahathir itu menurut banyak penganalisis mungkin mahu ‘memalukan’ Najib, walhal beliau terlupa ia beri kesan kepada Mukhriz apatah lagi tahun lalu, Mahathir umum Proton tidak naik harga waima nilai ringgit jatuh.

Hakikatnya kadar ringgit masa ini relatif kukuh tidak jatuh selepas isu dana RM2 bilion sumbangan almarhum Raja Saudi berjaya ‘bersih’ imej Najib, namun tindakan Mahathir itu secara tidak langsung jatuhkan Mukhriz pula.

Mungkin ia berlaku kebetulan, tetapi bagi yang mengikuti perjalanan krisis Menteri Besar Kedah, pasti tertanya-tanya, kenapa Mahathir lebih ‘main selamat’ dan bukan serang kredibiliti Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah?

Ini jauh beza daripada jentera siber Mukhriz berterusan hina ADUN Bakar Bata itu sepuas-puasnya dan terlupa, rakyat Kedah sudah lama bosan dengan kelemahan pentadbiran Mukhriz terhadap negeri tersebut sejak 2013 lagi.

Masa sama, tentera maya Mukhriz terlepas pandang bos mereka sebenarnya ‘dikencing’ ADUN pembangkang yang bijak bersandiwara di depan mata tetapi ketika menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah, lain pula ceritanya.

– Mynewshub.cc/HAA

Baca: Fitnah Jahat MB Kedah Konon Gagal SRP Dijawab

Juga: Luahan Anak MB Kedah Sedih Bapa Dihina Netizen

Lagi: Tidak Pernah Putus Asa Berbakti Walaupun Dikritik

Dan: Keluarga, Bakti Kepada Masyarakat Jadi Keutamaan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori