Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Landasan Tren Hubung Songkhla-Pulau...

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat Malaysia telah mengemukakan cadangan untuk membina landasan kereta...

Genap Sebulan Kahwin, Coco...

INSTAFAMOUS yang popular gara-gara pelat mat sallehnya, King Coco berkongsi berita gembira dengan...

Bimbang Tak Mampu Tampung...

KUALA LUMPUR - Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) hari ini melahirkan kebimbangan kemungkinan peruncit...

Mayat Wanita Muda Ditemukan...

IPOH - Mayat seorang wanita yang dipercayai baru meninggal dunia ditemukan terapung di...

Pembangkang ‘Tiup’ Sentimen Kenegerian Sokong Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Pembangkang terus meniup sentimen kenegerian Johor bagi mengambil kesempatan daripada penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO untuk memecahbelahkan kesatuan parti keramat umat Melayu tersebut.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan mendakwa, seluruh rakyat Johor kononnya perlu bangkit menumbangkan UMNO bagi menunjukkan sokongan kepada Muhyiddin kerana beliau anak jati Johor.

“Saya selaku Pengerusi PAN Johor dengan semangat Bangsa Johor yang tertanam hebat dalam diri setiap rakyat Johor dengan ini mengajak seluruh rakyat Johor sama-sama buktikan bahawa Bangsa Johor bakal mengetuai gelombang perubahan.

“Kepada Muhyiddin dan pimpinan UMNO Johor serta seluruh rakyat keramat Bangsa Johor, ayuh kita mulakan gelombang perubahan dari selatan tanah air,” katanya dalam satu kenyataan berbaur hasutan hari ini.

Aminolhuda turut mendakwa, Bangsa Johor perlu menumbangkan UMNO kerana dua anak jati negeri itu pernah digugurkan dairpada jawatan Timbalan Perdana Menteri termasuk Tun Musa Hitam.

Semalam beberapa pemimpin pembangkang lain turut mengambil kesempatan daripada penggantungan jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO untuk membangkitkan sentimen kenegerian Johor supaya membenci UMNO selaku parti keramat kaum Melayu.

Bekas Ketua Pemuda PAS yang kini menyertai PAN, Suhaizan Kaiat mendakwa, penggantungan jawatan Muhyiddin kononnya telah menjejaskan UMNO Johor selaku UMNO yang hebat dalam Malaysia.

Kelmarin, kumpulan penentang dalaman UMNO turut dilihat menggunakan sentimen kenegerian Johor untuk mempertahankan kedudukan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden parti itu.

“Johor tidak hanya kehilangan seorang anak Johor sebagai Timbalan Perdana Menteri,” dakwa bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.


Aminolhuda dalam pada itu turut mempelawa Muhyiddin serta seluruh kepimpinan UMNO Johor supaya meninggalkan parti itu dan bersama pembangkang menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pelawaan sama turut dibuat ke atas Muhyiddin oleh pakar propaganda pembangkang merangkap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli semalam.

Pelawaan kerjasama kepada Muhyiddin itu bagi membantu beliau melunaskan dendam menjatuhkan pucuk pimpinan UMNO akibat disingkirkan daripada jawatan parti dan Kabinet.

Parti DAP pada 13 Februari lalu pernah mengumumkan parti itu akan mengadakan kerjasama dengan Muhyiddin bagi menjatuhkan pucuk pimpinan UMNO.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein secara bersama memutuskan jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO digantung hingga pemilihan parti akan datang.

Keputusan itu dibuat tanpa penglibatan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang bertindak meninggalkan bilik mesyuarat untuk memberi kebebasan kepada ahli MT UMNO menentukan perkara itu.

Tindakan disiplin ke atas Muhyiddin itu diambil mengikut Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO berikutan siri serangan beliau terhadap pucuk pimpinan parti termasuk terbaharu ketika mengadakan perjumpaan dengan ketua cawangan UMNO Negeri Sembilan baru-baru ini. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]v3VtSkfgHcY[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori