Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Krisis Politik Kedah: Mukhriz...

KUALA LUMPUR - Bagi mengelakkan kemelut politik Kedah berlarutan, seorang penganalisis politik berpendapat...

Sunway Iskandar XPark Mampu...

JOHOR BAHRU - Sunway Iskandar XPark, sebuah taman tema sukan ekstrem yang dibina...

Isteri Maut Dipercayai Dipukul...

DUNGUN: Wanita maut disyaki dibunuh suaminya sendiri dengan tukul besi di Kampung Besol,...

Penetapan Tol WCE Bukti...

SUNGAI BESAR - Warta Kerajaan Persekutuan berhubung penetapan kadar tol bagi Lebuhraya Persisiran...

Pemidato Hebat Akan Baling Mikrofon?

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (PAN), Anuar Tahir membuat jenaka apabila dakwa konon hanya pemidato hebat seperti Mohamad Sabu atau lebih popular dengan gelaran Mat Sabu berani baling mikofon ketika berucap di khalayak ramai.

Dakwa beliau, perbuatan membaling mikrofon oleh Mat Sabu yang juga Presiden PAN itu kononnya satu seni pengucapan awam yang menarik untuk menterjemahkan perasaan marah dan kecewa ke atas sikap rakyat Malaysia yang lemah dalam menentang kerajaan.

“Lemparan mikrofon itu sebagai dramatik kepada perasaan kecewanya. Ia satu seni pengucapan awam yang menarik dan hanya pemidato-pemidato hebat sahaja berani melakukan aksi begitu,” dakwanya kepada sebuah portal berita hari ini.

Anuar dalam usahanya mempertahankan tindakan ketuanya itu yang dikecam masyarakat turut mendakwa perbuatan membaling mikofon merupakan satu pendekatan baharu yang sesuai untuk menggesa seluruh rakyat Malaysia bangkit memberontak.

“Kalau dah terlampau menjolok sangat orang akan memberontak tetapi di Malaysia orang marah begitu-begitu sahaja. Apabila Mohamad membawa pendekatan itu, ia sesuai dengan keadaan,” dakwanya.

Baca: Mat Sabu Mengamuk Campak Mikrofon!

mat

Mynewshub.cc pada 10 Februari lalu melaporkan Mat Sabu mencampak mikrofon di hadapan khalayak ramai dengan kasar selepas menyampaikan ucapan pada Himpunan Bebaskan Anwar baru-baru ini.


Tindakan itu dikecam orang ramai yang menyifatkan perbuatan berkenaan membayangkan mentaliti tidak bermoral pemimpin pembangkang sanggup melakukan apa sahaja untuk memegang kuasa dengan nilai agresif.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun Rahimi Ismail dalam komennya berkata: “Kurang waras dah Ahmad Sabu ni… mungkin parti PAN semakin tidak mendapat sambutan, kesian Bang Mat”.

Ashryl Ahmad pula berkata: “Baling microphone atas pentas sendiri buat haper.. sungguh biadap Mat Sabu… Presiden PAN tunjuk contoh yang buruk… di kawasan kami nanti INSYA ALLAH Mat Sabun tak akan dijemput….”

Seorang lagi pengguna Facebook yang menggunakan akaun Mohd. Hazim berkata: “Selamat dia baling ke arah belakang kalau dia baling ke arah audience… memang biol kena”

Beberapa lagi pengguna Facebook menyindir akhlak buruk Mat Sabu dan perut beliau yang semakin buncit kerana Mat Sabu sering mendakwa rakyat Malaysia tidak cukup makan di bawah pemerintahan BN. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]QSwB6sB364Q[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori