Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemimpin UMNO Keluar Parti...

KOTA BHARU – Tindakan pemimpin UMNO yang keluar parti dan menyertai Pakatan Harapan...

Rumahtangga Raja Azmi Dan...

ALAHAI...ini gosip yang kurang enak kami dengar mengenai produser sensasi, Raja Azmi.Khabarnya, rumahtangga...

Ahli Politik Hadapi Misi...

KUALA LUMPUR – Ahli politik menghadapi misi di “medan tempur” untuk meyakinkan anak-anak...

Aliran Trafik Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak perlahan setakat...

Pendekatan Holistik Untuk Musnah Kawasan Pembiakan Aedes

BANGI – Pendekatan holistik diperlukan untuk memusnahkan kawasan pembiakan nyamuk Aedes dalam mencegah penularan risiko demam denggi dan virus Zika, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata orang ramai dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu meningkatkan kerjasama memusnahkan kawasan pembiakan nyamuk Aedes ekoran kebimbangan masyarakat terhadap kedua-dua penyakit itu yang disebarkan vektor sama iaitu melalui gigitan nyamuk Aedes.

“Walaupun kerja-kerja pembersihan merupakan skop kerja PBT tetapi orang ramai juga perlu mempunyai kesedaran menjaga kebersihan persekitaran kediaman, melaporkan segera kepada pejabat kesihatan berdekatan sekiranya terdapat tanda-tanda kawasan mereka berisiko menjadi kawasan pembiakan nyamuk,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat kawasan panas denggi di Bandar Baru Bangi di sini Khamis, Dr Subramaniam berkata kementerian akan melakukan pemeriksaan dan menjalankan semburan kabus serta meletakkan ubat pemusnahan jentik-jentik apabila dimaklumkan penduduk.

“Jika kerjasama dan perkongsian maklumat ini dapat dilaksanakan secara holistik bermula daripada penduduk, PBT dan kementerian, saya percaya kita akan berjaya mengurangkan kes demam denggi dan mengawal penularan virus Zika,” katanya.


Dr Subramaniam berkata setakat ini tahun ini sebanyak 15,251 kes demam denggi direkodkan sehingga Sabtu lepas, peningkatan 15 peratus berbanding 13,252 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 7,355 kes berlaku di Selangor.

Bagaimanapun, kematian akibat denggi menurun sebanyak 7.5 peratus atau 37 kematian berbanding 40 kematian tahun sebelumnya, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori