Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Keputusan STPM 2014 Diumum...

KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014 akan dikeluarkan...

‘Datuk’ Nak Bantah Kes...

KUALA LUMPUR - Polis menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki mendakwa sebagai 'Datuk'...

Ada Netizen Jahil Geografi...

KETIKA satu dunia beri reaksi positif susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib...

Rusuhan Di ‘Airport’ Antarabangsa...

KUCHING – Satu rusuhan yang melibatkan 30 orang pekerja dan majikan Syarikat Man...

Penduduk Ampang ‘Gempar’ Ekoran Nahas LRT

KUALA LUMPUR – Penduduk di sekitar laluan LRT Ampang di sini ‘gempar’ pagi Isnin apabila sebuah tren LRT tergelincir dari landasan menyebabkan sembilan penumpang ‘cedera’.

Sejumlah 91 penumpang dalam tren itu ‘panik’ bila khuatir kegelinciran itu boleh menyebabkan kenderaan tersebut terhumban ke jalan raya.

Pasukan bomba yang menerima panggilan bergegas ke tempat kejadian.

Anggotanya segera membantu penumpang keluar dari tren yang sebahagiannya tersadai di luar landasan.

Pasukan ambulans bergegas menghantar mereka yang ‘cedera’ ke hospital.

Sementara itu, penumpang yang selamat dibawa keluar berjalan kaki sejauh kira-kira 400 meter ke stesen berdekatan.

Mereka melalui laluan kecemasan dengan bimbingan staf Rapid Rail.

“Insiden” itu sebenarnya simulasi dalam satu latihan bagi mempersiapkan petugas menangani situasi ketika berlaku kemalangan atau kecemasan.


Latihan yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 11.30 pagi itu bagi menguji keberkesanan Pelan Tindakan Kecemasan.

Pelan itu dilaksanakan Prasarana Malaysia Berhad melibatkan laluan dari stesen baharu IOI Puchong yang akan dibuka dalam fasa kedua projek penyambungan jajaran LRT laluan Ampang pada 31 Mac depan.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Rail and Infrastructure Project Sdn Bhd Datuk Zohari Sulaiman berkata ujian itu bagi membolehkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyediakan laporan lengkap bagi tujuan mendapatkan kelulusan untuk pembukaan laluan berkenaan.

Latihan itu melibatan antara lain polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan pasukan perubatan.

Untuk laluan Kelana Jaya, latihan serupa akan diadakan pada 14 April depan di stesen LRT Subang Alam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori