Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Misai, Jambang KJ Nampak...

SEBELUM ini ramai netizen mengecam dan mengkritik penampilan terbaharu Menteri Belia dan Sukan,...

Wanita Terselamat Kereta Terbalik

Bangi - Seorang wanita berusia 23 tahun selamat walaupun kereta Perodua Myvi dipandunya...

Kabinet Akan Kaji Cadangan...

KUALA LUMPUR - Kabinet memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji penubuhan jawatankuasa baharu...

Hairul, Hanis Zalikha Selamat...

TAHNIAH diucapkan kepada pasangan selebriti popular, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang selamat menimang...

Penerbangan Ihsan Bawa Bayi Jalani Pembedahan Di Hospital Serdang

SERDANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini melakukan penerbangan ihsan membawa seorang bayi berusia tiga bulan yang menghidap komplikasi jantung dan masalah pernafasan sejak lahir untuk menjalani pembedahan segera di Hospital Serdang, di sini.

Nur Amni Syahirah Abdullah yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, diterbangkan dari Lapangan Terbang Kota Baharu, Kelantan menggunakan helikopter jenis Agusta Westland AW 139 pada pukul 10.20 pagi.

Pesawat yang dikendalikan Leftenan Komander APMM Mohd Ikmal Riduan bersama dua kru pesawat turut membawa ibu Nur Amni Syahirah, seorang doktor dan jururawat yang mengendalikan beberapa peralatan merawat bayi itu sepanjang penerbangan, tiba di padang Hospital Serdang pada 11.45 pagi.

Sementara itu, ibu bayi itu yang enggan namanya disiarkan berterima kasih kepada APMM kerana bekerjasama dengan hospital untuk membuat penerbangan ihsan membawa anaknya yang memerlukan pembedahan segera di Hospital Serdang.

“Saya bersyukur kami tiba di Hospital Serdang dengan cepat dan selamat. Pemindahan ini perlu dilakukan segera memandangkan anak saya hanya bergantung kepada mesin pernafasan.


“Ini membolehkan pembedahan dijalankan dalam masa terdekat,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Hospital Serdang.

Beliau berkata anaknya yang mengalami batuk sejak lahir sudah mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II hampir dua bulan.

Sementara itu, Mohd Ikmal berkata penerbangan ihsan itu merupakan sebahagian tanggungjawab sosial APMM terhadap masyarakat.

“Ini adalah penerbangan ihsan pertama APMM tahun ini dan sebanyak lapan penerbangan ihsan dilakukan tahun lepas,” katanya yang menjadi juruterbang agensi itu sejak 2009. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori