Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lapor Jika Pajak Gadai...

PUTRAJAYA - Kerajaan meminta orang ramai supaya melaporkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan...

Takrifan Umur 31 Kepada...

KUALA LUMPUR - Cadangan takrifan usia warganegara berumur 31 kepada warga emas seperti...

RM20 Juta Peruntukan Bonus...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat...

Kerajaan Akur Ada Golongan...

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan menerima pandangan terdapat kemungkinan bahawa golongan yang benar-benar layak,...

Pengarah Sukan JDT Kesal Penyokong Kritik JDTII

KUALA LUMPUR – “Jangan mempertikaikan struktur kami jika anda tidak tahu apa-apa mengenainya,” kata Pengarah Sukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Alistair Edwards.

Beliau melemparkan kata-kata itu ke atas mana-mana penyokong bola sepak Johor yang tidak berpuas hati dengan prestasi pasukan JDTII sejak Liga Malaysia musim ini bermula.

Dakwa Alistair, penyokong yang mengkiritik JDTII perlu belajar lebih lanjut untuk memahami struktur Harimau Selatan yang membolehkan JDT memenangi lima buah piala sejak 2013.

“Peranan JDTII adalah untuk memupuk pemain muda dan harapan kami mereka boleh mewakili pasukan utama pada masa akan datang. Saya percaya Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah menjelaskan perkara ini berulang kali.

“Saya faham tidak ramai memahami struktur ini kerana kami satu-satunya kelab yang menerima pakai struktur ini. Kami mengikuti modul kelab Eropah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JDTII walaupun dibarisi beberapa pemain ternama tempatan dan import termasuk Paulo Rangel. tewas tiga kali berturut-turut kepada DRB- Hicom FC (3-1), Kuala Lumpur (1-0) dan Sime Darby FC (2-0) sejak Liga Malaysia 2016 bermula.

Alistair berkata, berdasarkan struktur bola sepak Johor, peranan JDTII seperti pasukan Barcelona B iaitu JDTII tidak akan naik ke Liga Super atau diturunkan ke liga lebih rendah.

Menurut beliau, peranan JDTII cuma untuk memupuk pemain muda dengan harapan mereka boleh mewakili pasukan utama iaitu JDT pada masa akan datang.

“Matlamatnya adalah untuk membantu pasukan pertama kami. Jika JDT menang, ia bermakna kelab telah mencapai sesuatu. Keputusan pasukan II, III, dan IV kami juga penting, tetapi tidak sama pentingnya dengan pasukan utama,” katanya.


Alistair dalam pada itu mendakwa pihaknya telah mengenal pasti masalah JDTII tidak mempunyai empat pemain import seperti pasukan lain.

Kata beliau, satu-satunya pemain import yang JDTII ada adalah Paulo Rangel kerana pemain importnya dari Singapura, Shahril Ishak dan Baihaki khaizaz cuma setaraf pemain tempatan.

“Tidak begitu banyak perbezaan standard mereka dan pemain Malaysia,” katanya.

Beliau turut menerangkan, penjaga gol utama dan kedua JDTII dalam kecederaan maka pasukan itu terpaksa menggunakan penjaga gol ketiga yang banyak membuat kesilapan apabila diturunkan.

Justeru, katanya, JDTII akan menandatangani dua lagi pemain import baharu dan menggalakkan lebih ramai pemain muda dari JDT III untuk ke JDT II. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori