Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pekerja Kilang Rugi RM23,836...

Seorang pekerja kilang mengalami kerugian RM23,836 selepas wanita itu ditipu sindiket pelaburan tidak wujud yang menawarkan pulangan lumayan dengan hanya modal rendah, sejak awal bulan ini.

DAP Sebenarnya Petualang Yang...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa DAP...

Tips Mudah Laptop Tak...

SEIRING dengan perkembangan semasa, laptop kini menjadi satu pilihan ramai kerana lebih mudah...

Orang Bukan Islam Tidak...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada penglibatan masyarakat bukan Islam...

Pengeluaran Surat Kuning Disiasat – Noor Rashid

IPOH – Polis mula memanggil pihak tertentu untuk memberi keterangan berhubung isu ‘surat kuning’ yang didakwa ‘kebal’ daripada tindakan undang-undang kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata siasatan sedang dijalankan dan beliau memberi jaminan kertas siasatan dapat dilengkapkan secepat mungkin.

“Masih belum ada tangkapan setakat ini. Kita baru panggil beberapa pihak untuk diambil keterangan bagi memastikan kesahihan dakwaan ini. Kita juga nak tahu apa modus operandinya sebelum tindakan dibuat,” katanya.

Noor Rashid diminta mengulas laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini berhubung seorang individu di Perak menggunakan istana bagi mengeluarkan surat kuning dengan tujuan melindungi penerimanya daripada dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan upacara serah tugas jawatan Ketua Polis Perak yang baharu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu menggantikan Datuk Osman Salleh yang bersara wajib.

Noor Rashid berkata polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan berkaitan penipuan, dan boleh dihukum penjara dan denda jika sabit kesalahan.


Mengenai tindakan seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) melepaskan tembakan ke udara ketika melawat sebuah perkampungan Orang Asli di Gerik pada 19 Jan lepas, Noor Rashid berkata senjata api yang dimiliki Adun itu telah pun diperoleh untuk pemeriksaan forensik.

“Kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 dan sedang melihat dari aspek pakar persenjataan termasuk jabatan kimia bagi menentukan terdapat tembakan ataupun tidak,” katanya.

Beliau berkata polis juga akan mengambil tindakan sekiranya terbukti anggota polis di balai polis Gerik enggan menerima aduan daripada sekumpulan Orang Asli mengenai insiden tembakan di kampung mereka.

“Polis sedang menjalankan siasatan dan saya memberi jaminan kita akan mengambil tindakan sewajarnya. Kita nak lihat dakwaan ini benar dan apa sebab laporan polis tidak diterima di balai berkenaan,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]tYfLZSAFLoc[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori