Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Video Intim: “Saya Tak...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan beliau...

Polis Siasat Kesahihan Akuan...

SHAH ALAM - Polis akan menyiasat akuan bersumpah (SD) bekas anggota Unit Tindakan...

SPRM Serah Kertas Siasatan...

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, mengesahkan telah menyerahkan kertas...

PPBM ‘Seperti Retak Menunggu...

PADANG RENGAS - Desakan dalam kalangan anggota dan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Pengunjung Dikenakan Caj RM3 Lawat Hutan Simpan Langkawi

JITRA – Pengunjung akan dikenakan caj sebanyak RM3 untuk melawat hutan simpan dan hutan lipur di Langkawi mulai Mac ini, kata Pengarah Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman.

Beliau berkata perkara tersebut telah diluluskan kerajaan negeri.

“Kawasan tersebut dimajukan oleh pihak swasta dan setiap pengunjung akan dikenakan caj RM3. Caj tersebut sebagai tambahan sumber kewangan kepada kerajaan (persekutuan dan negeri),” katanya pada Majlis Amanat Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, hari ini.

Katanya pihaknya menganggarkan 500,000 penunjung akan berkunjung di kawasan rekreasi itu yang akan menjana pendapatan kira-kira RM1.5 juta hingga RM2 juta setahun.


Di Langkawi, terdapat tujuh hutan lipur di bawah Perhutanan Kedah seperti Air Terjun Temurun, Durian Perangin, Gua Cherita, Lubuk Semilang, Pasir Tengkorak, Telaga Tujuh dan Tasik Dayang Bunting. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]HruGyQGYVYc[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • hutan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori