Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

50 Didakwa Tidak Patuh...

PETALING JAYA - Seramai 50 individu, termasuk sembilan mahasiswa dan beberapa penjawat awam...

Bunuh Diri Selepas Anak...

SEPASANG suami isteri di Romania yang terlalu sedih kerana kehilangan anak lelaki mereka...

Aksi Wanita Naik Travelator...

ALAHAI.. terkekeh-kekeh kami ketawa melihat video ni! Umum mengetahui, tujuan teknologi dicipta adalah untuk...

Givaudan Buka Pusat Minyak...

SINGAPURA - Pembukaan Pusat Kreatif, Sekolah dan Hab Pengeluaran Minyak Wangi di sini...

Perlis Catat Peningkatan Jumlah Penagih Dadah Sepanjang 2015

KANGAR – Seramai 1,188 penagih dadah direkodkan di Perlis sepanjang 2015 iaitu peningkatan sebanyak 370 orang berbanding tahun sebelumnya.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Azizan Ariffin berkata daripada jumlah keseluruhan itu, seramai 753 orang merupakan penagih baharu manakala 435 lagi adalah penagih berulang.

“Berdasarkan rekod, 49 daripada jumlah keseluruhan penagih itu adalah wanita. Situasi ini memberi isyarat bahawa rakyat Perlis tidak boleh memandang remeh tentang hal berkaitan penagihan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan Pelan Strategik AADK kepada Exco Kerajaan Negeri Perlis Datuk Sabry Ahmad di Dewan Serbaguna Kompleks Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri di sini hari ini.

Azizan berkata sebanyak 52 peratus atau 617 orang daripada keseluruhan penagih di negeri ini tahun lepas merupakan penagih syabu.

“Trend ini membimbangkan kerana majoriti mereka menagih syabu yang secara totalnya mampu menukar individu kepada keadaan hilang fungsi akal, menjadi agresif dan boleh menyumbang kepada jenayah lain seperti penderaan mahupun pembunuhan,” katanya.

Beliau berkata perkara ini perlu dipandang serius dan segera diambil tindakan pencegahan kerana Perlis juga berhadapan dengan isu sempadan dan bekalan dadah mudah diperoleh melalui negara jiran.


“AADK melaksanakan sebanyak 85 operasi bersepadu melibatkan lain-lain agensi penguatkuasa di sempadan Padang Besar di sini dan seramai 119 didapati positif dadah melalui ujian air kencing,” katanya.

Sementara itu, Pengarah AADK Perlis Azizah Ahmad berkata pelbagai program pencegahan, rawatan dan pemulihan penagih dadah giat dijalankan di bawah pengawasan AADK negeri.

Katanya Pusat Integrasi Klien (PIK) yang dulu dikenali sebagai ‘Cure and Care Service Centre’ (CCSC) berjaya mencapai matlamat AADK dalam merawat dan memulihkan penagih kembali menjadi individu berguna.

“Di Perlis, hanya terdapat sebuah PIK iaitu di Kangar dan telah membebaskan 24 orang klien melalui program matrik iaitu modul komprehensif untuk penagih melibatkan terapi kerja, kaunseling, khidmat masyarakat dan kerohanian.

“Berdasarkan pemantauan dan maklum balas keluarga, kesemua mereka kini sudah mendapat pekerjaan dan telah berfungsi semula dalam masyarakat serta mampu menyara keluarga,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori