Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mayat Lelaki Terapung Ditemui...

BUTTERWORTH - Mayat seorang lelaki ditemui terapung berhampiran Jambatan Tunku Abdul Rahman di...

Pemimpin BN Tidak Belajar...

Pemimpin Barisan Nasional (BN) masih tidak belajar daripada kesilapan PRU-14 iaitu jangan terlalu...

Pekebun Sawit Mengaku Tak...

KLUANG - Seorang pekebun kelapa sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah...

PRK Rompin: Keputusan Diketahui...

ROMPIN - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin pada 5 Mei ini,...

Perlu Kaedah Baharu Atasi Banjir Kilat Di Kuching

KUCHING – Sarawak akan mencari kaedah pengurusan terbaik bagi menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering melanda Bandaraya Kuching, kata Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata mesyuarat khas akan dipanggil minggu depan yang akan dihadiri pelbagai agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Majlis Perbandaran Kuching Selatan, Dewan Bandaraya Kuching Utara, Majlis Perbandaran Padawan serta wakil agensi perumahan dan hartanah.

Abang Johari berkata kerajaan negeri memandang serius kejadian banjir kilat seperti yang berlaku di bandaraya ini hari ini kerana ia menimbulkan kebimbangan orang ramai.

“Oleh sebab itu kaedah penyelesaian baharu yang efektif untuk jangka panjang perlu segera dicari,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut beliau, kaedah pengurusan banjir kilat adalah berbeza dengan pengurusan banjir biasa yang berpunca daripada limpahan air dari sungai.

“Banjir kilat disebabkan beberapa faktor termasuk kemungkinan disebabkan proses pembinaan, longkang yang tersumbat dan tidak cukup besar untuk menangkung serta mengalir keluar air hujan yang turun,” kata Abang Johari.


Beliau berkata kajian juga perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada sistem perparitan sedia adalah efektif atau sebaliknya dan jika kurang berkesan sistem yang lebih baik perlu dilaksanakan.

Untuk itu katanya, majlis berkuasa tempatan perlu mengkaji semula prosedur dan syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak pemaju sebelum projek mereka diberi kelulusan.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak, Chok Moi Soon pula berkata kuantiti air hujan yang turun sejak malam tadi adalah luar biasa sehingga mencecah 300 milimeter di beberapa kawasan yang menyebabkan banjir kilat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori