Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

SKMM Siasat Gambar Fitnah...

HULU TERENGGANU - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memulakan siasatan berhubung...

Pemuda Maut Motosikal Rempuh...

MARANG - Seorang remaja terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam satu kemalangan...

Matador Wanita Terselamat Ditanduk...

Mexico City - Seorang matador wanita terselamat walaupun ditanduk dua kali oleh lembu...

Kes Covid-19 Seluruh Dunia...

MOSCOW - Jumlah kes Covid-19 yang disahkan di seluruh dunia sudah melebihi 93...

Persidangan Dun Belia Perak Pada 5 Dan 6 Mac

IPOH – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Perak yang pertama akan berlangsung pada 5 dan 6 Mac ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata persidangan itu melibatkan 60 orang belia terpilih antaranya daripada badan bukan kerajaan, penuntut institusi pengajian tinggi, pelajar dan orang Kurang Upaya.

“Perak negeri pertama mengadakan persidangan DUN Belia di dalam Dewan Undangan Negeri dan mereka diberi elaun sebanyak RM100 sehari pada hari persidangan berlangsung.

“Belia yang terlibat bukan mewakili kawasan DUN dan konsep ini tidak ada pembangkang atau kerajaan, malah persidangan lebih kepada perbahasan cadangan berkaitan pembangunan belia,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Majlis Perundingan Pemimpin Muda Perak Amanjaya (MP2MPA) di sini hari ini.

Zambry berkata kerajaan negeri melantik Anggota Dewan Undangan Negeri Temenggor Salbiah Mohamed sebagai speaker DUN Belia.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri Datuk Shahrul Zaman Yahya dalam ucapannya pada majlis itu berkata, 60 belia itu dipilih selepas melalui proses saringan dan ditemuduga oleh panel terdiri daripada ahli akademik dan profesional.


Mengenai Majlis Perundingan Pemimpin Muda Perak Amanjaya, beliau berkata persidangan pertama MP2MPA telah menjadi platform untuk kumpulan pemikir Belia Perak mencadang dan menyenarai pendek usul-usul yang akan dibawa ke dalam sidang DUN Belia bulan depan.

“Hasil perbincangan dan input akan dibahaskan oleh anggota DUN Belia seterusnya disalurkan kepada kerajaan negeri bagi meningkatkan peluang pelaksanaannya,” katanya.

Katanya tujuh jawatankuasa telah ditubuhkan di bawah MP2MPA antaranya pembangunan ekonomi, usahawan, pelancongan, sosial dan kebajikan, pembangunan masyarakat dan wanita.

MP2MPA yang diluluskan penubuhannya pada tahun lepas, merupakan satu daripada inisiatif di bawah Gagasan Perak Amanjaya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ecXI1BUpq_E[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori