Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

2 Anggota Polis Trafik...

PUTRAJAYA - Dua anggota polis trafik yang sedang memberi bantuan kepada sebuah kenderaan...

Rayuan Pekerja Pusat Hiburan...

IPOH - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan Ā seorang pekerja pusat...

Tanah Runtuh: SAR Baki...

HULU SELANGOR ā€“ Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki diteruskan pada...

ā€˜Tempat Persembunyianā€™ Kepada Kem...

PUTRAJAYA - Kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis merupakan ā€˜tempat...

Peruntukan RM1.1 Juta Baik Pulih PLPGA Ulu Kinta

IPOH – Kementerian Kewangan hari ini menyerahkan peruntukan RM1.1 juta untuk kerja membaik pulih bangunan Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) Ulu Kinta, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata peruntukan itu termasuk membaik pulih empat blok kuarters polis yang bernilai RM800,000 dan selebihnya untuk membaiki pejabat Persatuan Keluarga Polis (PERKEP).

“Kita sedar peranan besar mereka ini dalam menjaga keselamatan negara dan semoga peruntukan ini dapat membantu pusat latihan ini melakukan lebih banyak aktiviti.

“Bangunan ini pun dah usang dan perlu diperbaiki,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan ramah mesra warga PLPGA serta menyampaikan peruntukan itu kepada Komander PLPGA, Supt Rosli Abas di sini Sabtu.

Sementara itu, Ahmad Husni turut meluangkan masa melawat pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias yang menerima rawatan sakit jantung di sebuah hospital swasta di sini.

“Saya sudah lama kenalnya semasa beliau menjadi imam di sebuah masjid di Ipoh sebelum bergiat sebagai pendakwah,” katanya.

Sementara itu, abang kepada Mohd Kazim, Datuk Mohd Najmuddin Elias berkata adiknya dibenarkan keluar daripada hospital pada pukul 12 tengah hari tadi.


“Kita akan bawa dia pulang ke rumahnya di Ipoh dan kami sekeluarga menasihatkannya untuk berehat tanpa diganggu untuk seminggu atau dua minggu ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata Mohd Kazim akan menjalani rawatan susulan secara berkala selepas ini.

Mohd Kazim menjalani rawatan kedua itu susulan nasihat doktor pakar kerana saluran kedua jantung pendakwah itu sudah 99 peratus tersumbat dan saluran ketiga pula tersumbat 50 peratus.

Beliau dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian selepas mengadu penat dan sakit dada ketika berceramah di perkarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong, Bator, Bachok kira-kira 9.30 malam Jumaat lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori