Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pandai Melawak Buat Mark...

TUAH nyata menyebelahi penyanyi kelahiran Filipina, Mark Adam yang kini semakin dikenali sebagai...

Askar Stormtrooper Star Wars...

WASHINGTON DC - White House di sini turut dilanda 'demam' episod terbaharu filem...

Kings University College Tonggak...

PUTRAJAYA – Hari ini satu acara bersejarah dalam pendidikan tinggi Malaysia di mana...

“Saya Janda, Ibu Tunggal...

PENYANYI Syura Badron berang dan mendedahkan menerima mesej daripada individu tidak dikenali yang...

Pesawat APMM Bantu Padam Kebakaran Gunung Pulai

BALING – Sebuah pesawat Bombardier CL 415P milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) digunakan bagi membantu memadam kebakaran di Gunung Pulai yang bermula sejak Selasa lepas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Ahmad Shahabuddin berkata operasi memadam kebakaran menggunakan teknik pengeboman air dengan pesawat itu dimulakan kira-kira 3.30 petang tadi.

“Mengikut makluman, kebakaran dipercayai merebak ke kawasan baharu menghala ke Gunung Baling dan kami sedang membuat laluan untuk ke lokasi kebakaran yang berkeluasan 4.5 hektar.

“Punca kebakaran di kawasan baharu mungkin disebabkan bara api daripada kawasan kebakaran sebelum ini yang dibawa angin,” katanya kepada pemberita di Pos Kawalan Bomba di Padang Sekolah Kebangsaan Pulai.


Kebakaran yang bermula sejak 7.43 pagi Selasa lalu dipercayai akibat tindakan pendaki meninggalkan api selepas memasak, masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]spE8CV-hU4E[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori