Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

12 Orang Cedera Selepas...

LANGKAWI - Seorang pelajar universiti cedera parah di bahagian pinggang, sementara 11 orang...

Ahmad Bashah Pengerusikan Mesyuarat...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari...

Tragedi MH370, MH17 Tarik...

BAIK para penggiat seni tempatan dan luar negara mahupun teater, masing-masing menunjukkan minat...

Aksi Sentimental Warga Emas...

SEPASANG suami isteri warga emas berasal dari China menjadi terkenal setelah foto-foto mereka...

Pesawat TUDM Terhempas Di Kuala Selangor

KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat CN235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa lapan orang anak kapal dilaporkan mendarat cemas di pesisir pantai berhampiran Batu 2, Kuala Selangor hari ini.

Menurut kenyataan rasmi TUDM, pesawat pengangkut berenjin dua yang berpangkalan di Subang, Selangor itu membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor pada pukul 8.50 pagi Jumaat.

“Lapan orang anak kapal dilaporkan selamat selepas dibantu oleh beberapa nelayan tempatan yang secara kebetulan berada di kawasan tersebut,” tambah kenyataan berkenaan lagi.

TUDM akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu. “TUDM juga akan berusaha untuk membuat ‘recovery’ bangkai pesawat tersebut,” kata kenyataan itu.

tudm

tudm1


TUDM memiliki lapan buah pesawat tersebut yang dibina bersama oleh firma Sepanyol dan Indonesia selain ia turut digunakan pasukan tentera dari 24 buah negara lain di seluruh dunia.

Terdahulu dalam laporan awal, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima laporan orang awam berhubung kejadian itu.

“Maklumat berhubung kejadian tersebut diterima daripada orang awam yang berada di lokasi kejadian dan mereka melihat sebuah pesawat terhempas serta mengalami kebakaran.

“Semua mangsa berjaya diselamatkan dengan menaiki perahu nelayan,” katanya menerusi kenyataan. Mohd. Sani berkata punca sebenar kejadian itu masih lagi dalam siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori