Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Permohonan Najib Padam Afidavit...

KUALA LUMPUR - Permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memadamkan afidavit yang...

Wanita Bawa Alat Sulit...

TERDESAK? Banyak persoalan yang berlegar di kepala apabila memikirkan kesanggupan seorang wanita bujang,...

Peter Dapat Tangguh Sabitan...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan sabitan dan hukuman...

Kim Swee Mula Tugas...

KUALA LUMPUR - Jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee diberi tempoh...

Pilihan Raya Umum Thai Tetap Diadakan Pada 2017

Bangkok – Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha semalam sekali lagi menegaskan pilihan raya umum negara itu tetap diadakan pada 2017.

Sebelum ini terdapat kebimbangan, draf perlembagaan baru yang dikemukakan pada minggu lalu mungkin menyebabkan pilihan raya umum tertangguh lagi.

Draf perlembagaan baru yang dibentangkan pada Jumaat lalu dikritik semua parti politik, meningkatkan kebimbangan ia mungkin ditolak dalam pungutan suara pada Julai nanti, sekali gus melambatkan proses demokrasi berkenaan.

“Pada 2017, 2017, 2017,” kata Prayuth yang kelihatan berang selepas sekali lagi disoal wartawan bilakah pilihan raya akan diadakan.

Pada minggu lalu, Prayuth berjanji pilihan raya umum akan diadakan pada 2017 walaupun draf perlembagaan baru itu ditolak dalam pungutan suara.


Ramai pemimpin politik Thailand menolak draf perlembagaan baru itu kerana dilihat melemahkan kuasa kerajaan yang dipilih rakyat dengan mengekalkan pengaruh tentera.

Tentera mahu perlembagaan baru digubal bagi menghalang pemimpin politik seperti bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra atau sekutunya kembali berkuasa. – Reuters/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori