Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PRN Johor: MUDA Bakal...

KUALA LUMPUR : Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan meletakkan ramai calon wanita serta...

Ku Li Sokong Pindaan...

GUA MUSANG – Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menyatakan...

UMP Rai Pengamal Media...

KUANTAN – Lebih 150 pengamal media Pahang menyertai program boling anjuran Universiti Malaysia...

DAP Digesa Henti Jual...

BALIK PULAU - Tindakan kerajaan negeri pimpinan DAP menjual tanah secara berleluasa boleh...

PKR Minta Wanita Malaysia Kembali Jadi Buruh Kasar

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta kaum wanita negara ini kembali bekerja dalam sektor pembinaan sebagai buruh kasar konon untuk mengelak pekerjaan itu diambil alih warga Bangladesh.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Lee Chean Chung berkata, kaum wanita Malaysia perlu kembali kepada zaman 1980-an di mana ramai wanita pada zaman tersebut bekerja dalam sektor pembinaan.

“Kebergantungan kepada pekerja asing dalam pelbagai sektor terutama pembinaan merupakan satu perkembangan yang tidak sihat dan perlu diperbetulkan oleh kerajaan.

“Pada zaman 1980-an, kerja sektor pembinaan dalam negeri dipikul oleh pekerja tempatan dan tidak kurang juga golongan wanita dalam kalangan mereka.

“Malah, seorang penyanyi tempatan pernah menyanyikan sebuah lagu untuk memuji pekerja wanita di sektor pembinaan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan akan mengambil pekerja asing dari Bangladesh bagi menampung keperluan industri dalam sektor pekerjaan buruh kasar atau 3D.


Ia ekoran tidak ramai rakyat Malaysia masa kini mahu bekerja sebagai buruh kasar kerana mempunyai pelbagai peluang pekerjaan yang lebih baik hasil kemakmuran negara.

Pengumuman itu bagaimanapun mendapat bantahan ramai pihak menyebabkan pihak kerajaan semalam memutuskan penangguhan pekerja asing dari semua negara sumber.

Selain idea bodoh tersebut, Chean Chung dalam pada itu meminta kerajaan menyekat semua pelaburan asing dan syarikat asing dalam negara yang bergantung kepada pekerja asing.

Selain itu, beliau meminta golongan majikan melakukan perubahan dalam pemikiran dan pengurusan mereka dengan tidak terlalu mementingkan kerajinan pekerja.

“Mereka harus mengerjakan kecekapan dan keberkesanan pekerja, bukannya hanya kerajinan dan waktu bekerja yang panjang,” katanya. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • PKR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori